Pasaran Nippon - Boleh Memberi Peluang Pada Yang Ingin Mencuba..











Osaka  punya sejarah yang teragung di Negara Matahari terbit ini. Hari ini Pak Din dibawa melawat Muzium dan istana Besar maharaja Jepun...


Juga melawat sebuah tasek yang amat menarik pemandangan..yalah di musim sejuk (winter) semuanya berwarna macam salji..sejuk Ya Allah, macam tak tertanggung oleh badan..

Sambil meninjau Bandaraya Osaka dari atas Osaka "Castle"...penandangan menarik sekali..tapi lain kali Pak Din cadangkan datanglah pada musim summer...pemandangan lebih cantik dan udaranya taklah sesejuk sekarang...

Berjalan sendirian atau dalam kumpulan disini kelihatannya macam di Petaling  Street kat Kuala Lumpur di waktu pagi..macam tak berorang etapi masuk sahaja petang, ribuan orang jepun akan kelihatan di sini..bergegas ke sana kemari..bagaikan tidak mahu menghabiskan masa dijalan...Tak seperti di Malaysia...orang Malaysia lebih suka berjalan macam bersantai...lenggang lenggok seharian..punya banyak masa nak dihabiskan...di jalan..
Pak Din mencari...pasar herba..di mana?? boleh mendapatkan pihak-pihak yang ingin membeli sarang burung kita...


"Petaling Street" di Osaka..tidak seperti di Kuala Lumpur...sibuk dengan orang berjalan dan juga kereta..tetapi di sini hanya orang berjalan, bergegas ke sana kemari.. dari satu lorong ke satu lorong.. kenderaan hanya boleh melalui sesetengah jalan sahaja.. semuanya teratur dan kemas...Bukan nak memuji negara orang tetapi begitulah rasanya di sini...Keselamatan terasa amat terjamin, walau berjalan sendirian di kita Osaka ini..

Pak Din menjumpai beberapa buah kedai yang menjual sarang burung di samping barangan herba lain...Ini membuatkan Pak Din terfikir...mungkin ada potensi bagi kita meneksport sarang burung ke sini dan tak hanya bergantung pada pasaran di China sahaja...Mungkin di sini lebih menguntungkan?

Tetapi dengan pelbagai sekatan yang ada di negara kita bagi mengeksport sarang burung keluar...bagaimana kita dapat menjalankannya? daripada apa yang kita dapat lihat pada masa sekarang semua pihak ingin mengaut keuntungan..kerajaan, mahu pun orang persendirian.. Terdapat unsur-unsur monopoli dalam mengaut keuntungan..Mengikut apa yang yang Pak Din terbaca..kementerian Pertanian sudah menetapkan untuk mengutip hasil dari industri ini, kini kementerian kesihatan pun mula mahu berbuat demikian, kementerian sain dan inovasi lagi, pas tu kementeraian luar bandar..dan bermacam-macam lagi..KENAPA??

dan kita masih terkial-kial nak buat rumah burung...kemana hala  kita nak tuju? Menjual sarang dengan harga RM1,200-1,500?? Jom kita mula mengorak langkah bergerak dalam kumpulan dan satu organisasi? sepeti pedgang-pedang bukan bumiputra?? Kita tubuhkan sebuah koperasi!!! yang benar-benar ikhlas untuk membantu ahli-ahlinya? penglibatan kita dengan industri ini secara beramai-ramai sudah mencecah 10,000 orang dari 2008 hingga 2012 ini kan? kalau pun 0.00001% daripada itu pun bersatu nescaya kita akan menjadi atu organisasi yang boleh bergerak denagn lebih baik dari kita bersendiriankn?

Pak Din melihat orang India, Turki, Pakistan dapat bertapak di Jepun dan China sejak 10, 20 tahun di sini..berkahwin dengan wanita-wanita Jepun...(Pak Din bukanlah berniat nak kahwin orang sini plak...hehehe...) kenapa kita orang Melayu tak boleh berbuat demikian?? Mungkin kita boleh membuka outlets di sini bagi menjual barangan dari sarang burung? atau sarang burung mentah? Tentu bolehkan??? MALAYSIA BOLEH!!!

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments