Minta Dihalalkan RM 15K Hutang Ku Pada Pak Din.......


Begitulah bunyinya SMS yang baru Pak Din terima dari seseorang yang rumahnya siap dibina sejak bulan September lalu.. 

Segalanya sudah disiapkan seperti perjanjian yang telah dimeterai pada sekitar bulan jun 2011. Pemantauan juga dijalankan melebihi masa yang telah ditetapkan. Tetapi sedikit demi sedikit duit baki pembinaan dihulur.. Pak Din terasa sebagai peminta sedekah.... mulanya manis di mulut.. minta Pak Din simpan kunci rumahnya.. tak difahami niat sebenar pemiliknya??? Duit masih tidak dibayar sepenuhnya seperti yang di meterai dalam perjanjian.. ingatkan orang berduit ini berpegang pada janji!!! tetapi serupa juga dengan setengah yang lain...

Di awalnya burung sudah pun tidur di dalamnya, semasa pemantauan dalam bulan oktober 2011, terdapat 10 tompokan najis di dalamnya.. hanya selepas sebulan beroperasi... tetapi segalanya berubah selepas beberapa bulan.. wangnya masih tersimpan di kocek..mungkin niatnya sudah berubah...duit tidak mahu dibayar... Allah Maha Adil.. walau di hati Pak Din masih mengharap..bayaran dibuat..tetapi Allah Lebih Mengetahui niat pemiliknya... Seekor demi seekor burung terbang meninggalkan rumah dan tidak pulang-pulang lagi...

Pemiliknya mungkin sudah gabra... duit sudah banyak dihabiskan tetapi burung sudah tiada..maka pergilah mereka mencari bantuan dari orang lain..meminta nasihat itu dan ini...apa yang Pak Din  tahu pemiliknya dinasihati untuk membina bumbung tambahan... mungkin harga yang ditawarkan terlalu mahal??? maka Pak Din dicari semula dengan menawarkan kos tambahan dan janji-janji baru yang  hutang akan dijelaskan....

Dengan ikhlas dan jujur Pak Din menghantar pekerja membantu membina apa yang diinginkan, walau  isteri Pak Din cuba menghalang...kerana beliau sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku...Pak Din masih mempunyai rasa kepercayaan pada janji-janji manis pemiliknya...Si anak berjanji...si ibu menambah janji... tetapi akhirnya penipuan juga yang Pak Din dapat... jadi  hari ini Pak Din meminta pekerja dan supervisor balik dan berhenti dari membanting tulang, tanpa habuan...upah masih Pak Din kena bayar pada pekerja tetapi akhirnya Pak Din mendapat sms ini..."Salam Pak Din, ank buah Pak din dah cabt lari. keje belum siap. sy mintak pak din halalkan baki duit yang ada pd sy.tq."

Begitulah RM 15K minta dihalalkan... mungkin sedikit sahaja pada pemiliknya yang kaya raya....tetapi jika dikira itulah sedikit keuntungan yang diharapkan dari penat lelah Pak Din membina rumah mereka...hanya di akhirat kita berjumpa...moga Allah membalas jasa baik mereka pada Pak Din...Belum terlintas di hati untuk menghalalkan walau sesen pun....

Malam ini Pak Din membawa diri ke kuala Lumpur untuk ke Osaka menghilangkan rasa sedih dan pilu diperlakukan sebegini...Doakan Pak Din selamat pergi dan selamat kembali....

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments