Kerja-kerja Cucian Sarang Sedang Dijalankan...




Sarang-sarang yang belum dicuci kini amat murah di pasaran sehingga jatuh kepada RM1,200 sekilo. Ini juga bergantung pada kualiti sarang. Jika sarangnya berbentuk cantik, tiada bulu  yang banyak...harganya adalah lebih baik, boleh mencecah RM2,300-2,500. Ini disebabkan sarang yang tidak berkualiti perlu dibersihkan dan kandungan berat akan hilang dalam proses sehingga 20-30% setelah dicuci dan dikeringkan. banyak yang terbuang semasa proses membuang bulu-bulu halus pada sarang. Oleh sebab itu kuliti sarang kita perlu dijaga..suhu dan humiditi memainkan peranan dalam menentukan kualiti tersebut. Bentuk sarang yang dibina di "corner" papan juga menyebabkan kualitinya jatuh kerana ia perlu dibentuk semula da banyak "patching" perlu dibuat.

Sarang-sarang yang telah dibersihkan dari bulu-bulu kasar perlu pula diteliti dengan cermat bagi membuang segala bulu-bulu halus, dikeluarkan satu persatu. Sarang yang dicuci dengan baik akan membuatkan ianya lebih berharga kerana siapa yang nak makan sarang yang jika direbus masih mengeluarkan tompokan hitam,? tentu tak lalu nak dimakankan? Itulah sebabnya sesetengah orang menggunakan bahan chemical pemutih untuk memutihkan semua bulu burung yang tinggal.. sehingga bila direbus bulu-bulu ini akan kelihatan terpisah dari sarangnya.. Tetapi cara ini boleh menyebabkan peminumnya mendapat cancer jika diminum secara berterusan...


Bagi mengeluarkan kesemua bulu-bulu yang tinggal, satu persatu air liur burung tersebut dipisahkan dari bulunya. Kanta pembesar digunakan bagi melihat setiap titikan bulu burung yang ada. Sarang yang hancur ini kelak digunakan bagi membentuk sarang-sarang yang telah dicuci bagi mendapatkan benuk yang perfect..


Sarang yang telah dicuci akan dibentuk pula menggunakan sarang-sarang tiruan yang ada di pasaran. Penyepit baju digunakan bagi mengekalkan bentuknya. Ini kemudiannya akan dikeringkan melalui pengeringan udara. Ia tidak boleh menggunakan cahaya matahari kerana cahay matahari akan menyebabkan sarang ini bertukar warna ke kuningan. ini bakal menjatuhkan kualiti sarang. 
Sarang-sarang yang telah dibersihkan ini dibiarkan kering...mungkin mengambil masa yang panjang, sehari dua, atau 3-4 hari. Bentuk akan dibuat semula dengan cara "patching" sebelum ianya benar-benar keing.. Ini memerlukan kepakaran
Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments