Bagan Serai Usahawan Bumi Lahir Bersaingan....


Sebuah lagi RBL disiapkan bangunannya. Milik perkongsian antara adik beradik yang sudah lama menginginkan sebuah RBL dengan modal yang terhad.. Lokasinya menarik dengan dihadpannya talian air dan disekelilingnya ladang kelapa sawit. Kawasan yang kaya dengan burung layang-layang mencari makanan dan meminum air... pemiliknya pernah menjadi konsultan burung layang-layang di satu hari dulu, pernah tertipu oleh "sub-kon"nya sendiri.. Usaha mencari sedikit keuntungan tetapi akhirnya hanya seribu dua sahaja yang dapat...tetapi Alhamdullilah dapat juga sedikitkan?

Begitulah perniagaan orang Melayu atau kaum bumiputera, sentiasa tertipu oleh bangsanya sendiri atau oleh bangsa lain...Kenapa? sifat terlalu mempercayai janji manis sesama islam membuat kita tertipu sentiasa. Tidak dinafikan hasutan syaitan banyak berlaku terhadap orang islam...jika difikirkan buat apa mereka menyesatkan orang bukan islam kerana mereka sudah pun dalam golongan mereka kan?

Semalam Pak Din "frust" lagi, sebuah rumah yang sudah berbulan-bulan disiapkan dan pemantauan yang dijalankan begitu lama semata-mata mengharapkan diakhirnya RM 15K yang ditanggung dan sentiasa dijanjikan akan dibayar, tetapi akhirnya tembelangnya sudah tersembul...duit yang Pak Din belanjakan untuk pemantauan sudah mengikis keuntungan yang diharapkan.. Pemiliknya seorang dato' yang berjaya tetapi semuanya serupa sahaja. Duit ditangguh untuk menunggu burungnya bersarang...baru nak dibayar.  Dulunya burung sudah tidur, walau sedikit kini sudah keluar dan tak mahu lagi tidur di dalamnya... KENAPA ?? fikir-fikirkanlah...

Kini Pak Din sudah "serik" dengan karenah orang Kita... jika bayaran akhir tidak dibuat, Pak Din akan mengutip balik barangan dalaman rumah burung yang sudah dipasang dan semua kerja akan dihentikan..harga kepakaran Pak Din ada disitu...jika mahukan burung keluar masuk, pastikan semua bayaran dibuat... Ingin menipu Pak Din dan hasilnya lagi merugikan atau bayar lebihan yang ditangguh atau alami kerugian yang berlipat ganda.... Itulah nasihat Pak Din 

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments