Arigato ..Berita Dari Osaka................

Berada di Osaka, Jepun...terasa negara kita kecil bebenor ya? Bulan lepas pak Din pergi ke China buat kedua kalinya...sudah terasa kecilnya Malaysia...tetapi kini di Osaka, ianya 3 kali ganda lebih besar dari Guangzhou, China.. Dengan pembangunannya... UUUHHHH...dasyat...ini belum lagi Tokyo kan?

Bulan ini di sini sejuk giler!! tetapi Pak Din masih boleh bertahan.... Di sini ingin mencari mana tahu kut kut ada yang boleh menjadi pasaran  baru buat kita... tak hanya bergantung pada pasaran China sahaja....

Di Jepun, sekali makan dalam lingkungan 2,000-4,000 Yen, dengan nilai 3.5 Yen bagi setiap RM1.00. Perbelanjaan sebegini adalah perkara biasa bagi Rakyat Jepun. Pendapatan per kapita di sini bagi seorang individu ialah antara 30,000-80,000 Yen. 

Di China, sekilo sarang bersih boleh dijual dengan harga RM8,000-RM9,000, tentunya di Jepun harga boleh meningkat lagi kan? Bagi mendapat barangan yang berkualiti tentunya harga sedemikian ..."kacang" saja bagi mereka.. Tetapi bagaimana menembusi pasaran di sini??








Hari ini hari ketiga Pak Din berada di Osaka... hari ini pak Din cuba-cuba meninjau pasaran di sini...dan hari ini Pak Din sudah bertemu dua peniaga yang menunjukkan minat...esok akan Pak Din jelajah lagi.. Bandaraya Osaka ini 6 xlebih besar dari Bandaraya Kuala Lumpur.. Semasa memasuki Osaka tempoh hari Pak Din telah membawa masuk 6 keping sarang bersih sebagai sampel, bersama 3 pack maggie dan nasi moi maggie..untuk bekalan makan semasa di sini..kalau-kalau tak jumpa kedai makan islam....

Bolehkah kita menembusi pasaran sarang  burung di sini? Bagaimana Pak Din berinteraksi dengan peniaga Jepun?.....ok. Kono chiwa?....

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments