Apakah Kriteria Rumah Burung Yang Bakal DiHuni Sang Burung?

Ramai yang bertanya apakah ciri-ciri rumah burung yang diminati sang burung layang-layang ini??

Tiada siapa yang tahukan? Dari satu rumah ke satu rumah ianya punya kejayaan yang berbeza. Walau sebuah rumah itu dibina oleh kontraktor yang sama dan punya consultan yang sama, burung yang masuk kerumah tidak sama kan? Ada yang lebih cepat dari yang lain, ada yang lebih banyak dimasuki burung, dan ada yang langsung tak dimasuki burung,  dan tak kurang pula yang burungnya hanya keluar masuk sahaja sehingga berbulan-bulan dan bertahun lamanya... KENAPA??

TIDAK SIAPA YANG BOLEH MEMBUAT RAMALANKAN?. tetapi melalui pengalaman dari pakar-pakar yang sudah lama berkecimpung dalam industri ini..ramai yang mengatakan ianya lebih kepada hati budi seseorang pengusaha itu sendiri... Jika niatnya baik, hatinya ikhlas, doanya banyak....nescaya usahanya akan mencapai kejayaan.. Jika dikatakan begini..tentu ada yang berkata kenapa orang China yang bukan beragama islam boleh berjaya??? Sudah tentu.. sebab Allah menunaikan semua doa tak kira mereka islam atau tidak kan? Walaubagaimanpun cara mereka berdoa...tentunya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa kan??  Kalau tidak Takkan doa Iblis dan Syaitan yang memohon dihidupkan sehingga kehari kiamat untuk merasuk dan memesongkan  manusia dimakbulkan kan?

Jika ada yang mengatakan rumah kita itu tak dihuni sang burung disebabkan itu dan ini...maka kemungkinan besar mereka hanya cuba menjual kemahiran diri..bukan free..tetapi kenalah dibayar..dan jika kita dilihat sebagai "terdesak" maka bayaran juga akan meningkatkan. dan ini takkan berhenti di situ sahaja tetapi apa yang sudah ada didalam rumah kita akan dikatakan tak betul, tak sesuai dan sebagainya... Siapa kita yang tahu akan keperluan si burung? Bolehkah mereka bercakap dengan si burung bertanya apa yang tak betul??? Jika di zaman Nabi Sulaiman dulu mungkin boleh dipercayai...

Apa yang penting bagi pemgusaha ialah memastikan rumah anda diselenggara dengan baik, suhunya mengikut apa yang telah diketahui dari pengalaman orang lama, ahli-ahli penyelidik dan sebagainya dan begitu juga humiditinya. Pengudaraan yang baik boleh memastikan semua ini berjalan dengan baik. Pengusaha juga perlu memastikan tiada gangguan yang berterusan di dalam rumah kita.. tiada musuh yang berada di dalam dan mengganggu ketenteraman sang burung dan sebagainya...

Jika semua usaha ini sudah dijalankan dan rumah kita masih tak dimasukki burung (tak tidur)  muhasabahlah diri ... apakah kita punya sesuatu yang tak betul yang telah kita lakukan?? Janji kita sesama manusia sudahkah kita tunaikan? hati kita ikhlas ke tidak? Pernahkah kita berdoa pada Yang Maha Kuasa supaya dikurniakan rezeki yang halal kepada kita selepas setiap solat kita? Pernahkan dalam kesibukkan kita mencari rezeki, solat-solat dhuha, solat hajat, solat tahajud kita lakukan dalam usaha kita memohon rezeki dari NYA? 

Jika kita punya niat yang tak baik pada pembina rumah kita yang ikhlas  mencari rezeki membina rumah burung, mengharap sedikit keuntungan bagi nya dan keluarganya ??? apakah usaha kita akan dimakbulkan Allah bagi menambah rezeki? Orang yang ditipu akan sentiasa celik meminta doa diberi pembalasan kepada orang yang menipunya...maka akan termakbulkah doa anda sedangkan anda sudah menginaya orang lain....?? Fikir-fikirkanlah...

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments