Apa Sudah Jadi Kepada RBL ini??


Pembinaannya sudah disiapkan pada pertengahaan tahun lepas...sudah lama tak kedengaran daripada pemiliknya... Harapan Pak Din semuanya berjalan lancar....

Permulaannya banyak sekali burung keluar masuk ke dalam rumah burung ini...pemantauan telah dibuat untuk 3-4 bulan pertama. Selepas itu pihak pemiliknya sudah mengambil alih segala pengurusannya..hingga semalam tiada berita...biasanya senyap bererti semuanya ok... ALHAMDULLILAH

Hari ini Pak Din terkejut menerima call dari pemiliknya...bertanyakan khabar, dan memberikan khabar gembira...dan duka.. gembiranya tentang rumah yang sudah punya banyak sarang tetapi belum cukup sekilo lagi dan belum berhasrat untuk mengutipnya lagi.... ALHAMDULLILAH>>>

Tetapi dukacitanya... beliau memberitahu telah mendapat surat dari pihak PBT ditempatnya, menyatakan rumah burungnya akan dirobohkan dalam masa terdekat.... bila ditanya kenapa? ianya tidak berdaftar dengan pihak PBT.. begitulah jawapannya...RBLnya bukanlah di dalam kawasan bandar, cuma ditepi kebun getah.. dulunya pemilik membuat pembiakan cacing, tak ada pulak gangguan dari pehak PBT...kenapa bila mendengar ianya sebuah rumah burung, bergegas mereka datang untuk ambil tindakan???  Bila ditanya bagaimana untuk beliau menjadikan RBL itu sah di segi undang-undang mereka? Pemilik disaran berjumpa seorang arkitek yang perlu melakarkan rekabentuknya dan anda tau berapa chargenya??? RM14K!!! terkejut Pak Din mendengarnya...ISH ISH ISH apa ini? perlu membayar rasuah ka apa? Setahu Pak Din kalau nak melakarkan reka bentuk RBL ini yang perlu hanya sekadar RM 300-400.00 sahaja. Kenapa sampai RM14K? untuk siapa? pembahagian bagi berapa ramai yang menuntut?? Apakah ini just "one-off" atau kelak setiap bulan akan dikutip??

Kepada siapa kita bakal mengadu? hasil belum sesen yang didapati, bayaran sudah mencecah RM14K? dengan harga sarang yang menjunam sekaraang, bilakah kita akan dapat pulangan bagi membina RBL kita? kini sudah ada yang berkira-kira untuk mengutip hasil mendahului hasil kita... jom kita hantar surat kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab... dulu web master pernah bermesyuarat dengan MB Kedah.. kenyataan beliau tentang industri ini amat menyenangkan telinga yang mendengar.. bolehkah kita mengadu padanya?? atau mengadu kepada yang lebih tinggi? Dato' Noh ? Dato' Muhyidin atau PM sendiri???

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments