Aku Jurutera Di Bandaraya- Di Kampong, Aku Usahawan

Sebuah rumah bersaiz 20'x70'x 2 tingkat bakal disiapkan dalam masa terdekat. Terletak ditengah sawah ianya merupakan tempat keliaran mencari makan burung layang-layang ini. Pemiliknya seorang jurutera di Kuala Lumpur, bercita-cita melabur untuk masa hadapan keluarga kelak.

Pembinaannya dimulakan ketika musim hujan lebat, kini sudah hampir 70-80% siap. Lokasinya yang yang jauh dari rumah orang memerlukan satu sistem kawalan dari pencuri berkepala hitam. bukan binatang tetapi manusia yang bersifat ingin kaya cepat... tetapi tidak mahu berusaha dan mengeluarkan wang...

Mungkin sistem kawalan jarak jauh diperlukan bagi rumah ini dan penjaga berdekatan diupah untuk bersegera ke sana apabila ada cubaan menceroboh. Bolehjuga menggunakan sistem pagar letrik dipintu masuk dan lubang masuk burung? Tetapi apakah akan berkesan? Mungkin sebagai seorang jurutera boleh difikirkan kaedah terbaik untuk pengawalannya....Atau digunakan kawalan secara doa?? dipagarkan tanpa wire?? Bolehkan? Menggunakan surah-surah yang berkaitan seperti Al Kahfi??

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments