Mari Berfikir dan Cuba Ambil Tindakan yang Sebaiknya....

Gila. gila, gilaaaaaaaaaaaaa..

Semalam Pak Din bergerak pulang dari Johor Bahru ke kampung di Arau, Perlis bersama isteri... Dari jB hingga ke Kuala Lumpur..tiada apa-apa yang berlaku..Alhamdullilah .. cuma sebuah kereta charade yang terbakar ditengah jalan.. Jika difikirkan begitu kerap sekali kejadian kebakaran kenderaan kini.. Dulu semasa isteri Pak Din memandu dari Kuala Lumpur ke JB sebuah lori juga terbakar..terfikir juga..kenapa ya..kerap sekali kebakaran berlaku.. 

Seorang teman baru yang ditemui di sebuah kedai accesori di Kuala Lumpur pernah berkata khabar dari temannya dari petronas pernah berkata yang minyak RON 95 amat berbahaya kepada kenderaan.. kebakaran senang sekali berlaku... terfikir juga dihati..apakah kebakaran-kebakaran ini disebabkan RON 95 yang rendah kualitinya??? entahlah

Apa yang Pak Din nak ceritakan ialah tentang apa yang sedang/telah dilakukan oleh pihak tertentu bagi mengutip duit orang ramai... Anda tahu bagaiman?? Pak Din relaks saja semalam driving balik hinggalah di Tapah.. Pak Din memasang GPS diperjalanan bermula di R N R Tapah... tak sampai beberapa minit... wow terpekik GPS Pak Din menyatakan "Speed Cammmmmmera infront!!! dan terpancar dengan klip klip menunjukkan ianya 1000m di hadapan... terkejut Pak Din malam sudah pun lebih 8.00 malam.. mana pulak Pak Polisi masih dijalanan memasang speed trap??? tetapi rupanya bukan...sebuah video camera kelihatan di jejantas selepas R N R tersebut..Jadi AWAS..tak kira waktunya gambar anda akan diambil untuk dihantar saman "laju" .. pagi, petang, malam atau tengah malam dan awal pagi anda boleh ditangkap kerana memandu laju.. JANJI PDRM DULU TELAH DIKOTAKAN..TIADA LAGI POLIS MENYOROK-NYOROK DIBELAKANG TIANG...HANYA CAMERA YANG BAKAL MENJALANKAN TUGAS MEREKA TANPA HENTI..TAK KIRA WAKTU..TIADA WAKTU REHAT, SOLAT, MAKAN ATAU SEBAGAINYA..

Bukan itu saja...tidak lama selepas melepasi jejantas itu terpancar sekali lagi amaran akan satu lagi speed camera..di jejantas Pulai dan lagi satu di kawasan ipoh.., kemudian di jejantas Kuala Kangsar, kemudian cangkat jering, taiping, dan paling banyak disepanjang jalan di Butterworth... sehingga setiap jejantas dipasangi dengan kamera.. Pak Din kira 7 kesemuanya. Selepas itu Pak Din terus mengira satu di Sungai Petani, Bidung, Gurun,Jitra, Kubang Pasu, dan Asun... Kesemuanya di kira terdapat kira-kira 32 buah kamer disepanjang perjalanan dari Tapah ke Changlun.. Jadi hati-hati.. tak tahulah bila ianya beroperasi?? apakah kini sudah beroperasi atau dalam test run??? Walau apa pun bila ianya sudah beroperasi... tentu potensi utk disaman sehingga 30x disepanjang laluan itu...jika sekali RM300 bayangkan jika 30x sudah RM 9K sekali lalu?? Jika driver bas yang melaluinya 2x sehari..berapa ramai yang akan disaman???

ZALIM ZALIM ZALIM..  gaji hanya dinaikkan seciput tetapi diambil balik sebegitu banyak??? Kalau tak nak kena saman bawalah dengan kelajuan 70km/jam sehingga 100k/jam mengikut tempat.....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..