Kenapa RBL Saya Tidak Dimasuki Burung?

Semalam Pak Din mendapat email dari seorang teman di Pantai Timur, Terengganu. Meminta pendapat berkaitan rumah burung belau yang baru seminggu setengah dilancarkan tetapi tidak dimasuki burung dan RBL temannya yang sudah lama dulunya ditiduri burung tetapi kini tiada seekor pun.

Jawapan Pak Din: Soalan Prtama: Rumah baru yang dilancarkan mungkin menggunakan bunyi yang salah. Terdapat dipasaran satu jenis bunyi ynag digunakan bagi melihat ada tidak burungnya di kawasan anda. Bunyi ini biasanya akan menarik burung datang kerumah anda...mungkin bunyi bergaduh, atau bunyi yang memanggil bagi datang menjengah saja...tetapi bunyi ini bukan untuk memanggil masuk kerumah kita.. tak tahulah apa sebenarnya bunyi itu tetapi setahu Pak Din ianya memang bila dipanggil banyak sekali burung ini akan datang berlegar di atas rumah kita.  Jadi eloklah diminta pihak perunding yang digunakan menukar bunyi tersebut kerana sampai bila pun rumah kita tidak akan dimasuki burung jika bunyi ini digunakan.

Soalan kedua: kenapa rumah burung jiran dulunya banyak burung menginap tetapi sekarang tiada lagi?? Jawapannya mungkin rumah ini tidak diselenggara dengan baik atau hanya dibiarkan begitu sahaja selepas ianya disiapkan. Untuk pengetahuan semua RBL perlu sentiasa diselenggara dan diuruskan. Kondisi dalaman rumah perlu dipastikan mengikut kehendak sang burung. Suhu dan humiditinya perlu sentiasa mengikut citarasa mereka. Musuh di dalam rumah burung perlu dipantau. Tiada burung hantu mengganggu kerana Burung hantu boleh menangkap dan membunuh semua burung-burung yang ada didalamnya. gangguan burung hantu adalah yang paling ditakuti burung layang-layang kerana dalaman rumah burung yang gelap menyebabkan burung layang-layang tidak dapat melihat musuh mereka itu. Keadaan rumah yang gelap merupakan habitat yng amat digemari burung hantu. Mereka dapat melihat dengan jelas dalam keadaan gelap. Apabila sekali burung layang-layang ini diganggu gugat oleh burung hantu, maka akan mengambil masa yang lama untuk mereka pulang ke rumah tersebut lagi.

Soalan ketiga: Apakah ada musim tertentu bagi burung layang-layang datang ke rumah kita/ Kalau dikutkan tiada msim tertentu. Kecuali kawasan rumah anda hanay punya makanan dalam musim musim tertentu sahaja. Setahu webmaster serangga ada pada bila bila masa antara banyak dengan sedikit. Burung-burung ini maancari makanan setiap hari jadi ia bleh dipanggil pada bila-bila masa juga. Musim membiak mereka juga ada 3 musim tetapi jika makanan banyak ianya boleh menjadi sepanjang tahun. Cuma setaip pasang mungkin berhenti membiak seketika dan memulakannya selepas beberapa bulan.

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments