Hati-hati Dengan Pencuri Di RBL Anda...

Kini pak Din menerima beberapa lapuran mengenai RBL teman-teman kita yang kecurian...oleh manusia dan juga burung hantu... Kesihan Pak Din mendengarnya..apa yang boleh pak Din tolong, insha Allah akan Pak Din bantu.. tetapi harapan Pak Din mohon teman-teman yang telah Pak Din bina rumah mereka membuat sesuatu bagi mengelak dari kecurian.. Mungkin boleh didirikan pagar disekeliling rumah kita supaya susah untuk rumah dimasuki pencuri..(manusia).. lagi teguh pagarnya lagi baik.. kalau boleh dipagar secara "doa-doa" iaitu pagar ghaib?? mungkin ustaz-ustaz kita di sini dapat membantu??

Tidak kurang juga masalah kecurian oleh burung hantu yang memasuki rumah dan menangkap burung layang-layang yang sedang lena tidur... Ini yang paling ditakuti semua pemilik rumah burung..ia mungkin menyebabkan semua burung terbang kelain rumah bila ini terjadi.. Kata setengah orang ini akan mengakibatkan rumah kita  tidak dimasuki burung untuk sekian lama..kerana baunya menakutkan dan trauma yang bakal dihadapi oleh sang burung layang-layang..

Apa yang yang boleh lakukan jika masalah  burung hantu?? berbagai cara mungkin disarankan oleh orang yang ingin menjual barangannya seperti bunyi siren bagi menakutkan burung hantu. Mengikut pengalaman webmaster ini hanya cara sementara kerana ianya tidak menyakitkan mereka.."no direct contact". Mungkin boleh di "lastik" atau ditangkap dan diserahkan pada pihak berwajib untuk dilepaskan ketempat lain. Tapi di kawasan pertanian seperti kelapa sawit atau sawah padi..ini juga tidak berkesan kerana satu dikeluarkan yang lain akan datang menggantikan tempatnya..berapa banyak yang perlu kita pindahkan...ke alam barzakh atau ke lain tempat..

Yang paling berkesan ialah mengubahsuai pintu masuk burung supaya tidak membolehkan burung hantu masuk kedalamnya. Buatkan ruangan lubang yang hanya muat untuk si burung layang-layang. Inilah cara paling berkesan. BOLEH PANGGIL PAK DIN TETAPI MUNGKIN LEWAT SIKIT KERANA PEKERJA PAK DIN PUNYA BANYAK TEMPAT YANG PERLU DILAWATI... senang ajer boleh minta sesiapa sahaja yg pandai bertukang boleh membantu...atau buat sendiri jika tak gayat memanjat...

Cubalah insha Allah ianya boleh berjaya....

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments