Apa Yang Tak Kena Dengan Sarang-sarang Ini??


Anda tahu apa yang tak kena dengan gambar-gambar sarang-sarang ini??

Cuba anda perhatikan... sarangnya kecil dan banyak bulukan?? Nilai sarang ini amat rendah dipasaran. Jika sarang-sarang sebegini anda perlu mencucinya terlebih dahulu sebelum ianya dijual. Grednya?? bukan 2 dan bukan tiga. Kerana jika ianya dibeli dengan harga mahal...bererti sipembeli akan kerugian kerana mungkin lebih dari 20% dari sarang ini terpaksa dibuang kerana terlalu banyak bulu yang menjadikan ianya sukar untuk dibersihkan. Jika mahu diupah, harga upahnya akan tinggi dan si pencuci takkan membuang masa untuk membersihkan setiap "urat" sarang tersebut, malah sebahagian besar akan dibuang kerana kerumitan membersihkannya. 

Bagaimana untuk mengelakkan sarang-sarang di rumah anda menjadi sebegini? Pengurusan dalaman rumah amat penting. Suhu dan humiditinya perlu mengikut keperluan burung. Suhu yang panas akan mengakibatkan sarang dalam rumah burung anda jadi sebegini. Kurangnya humiditi juga boleh membuat sarang and menjadi senget-senget...
Jadi jangan ambil mudah dalam menjaga dan mengurus rumah burung anda...Dengan harga yang agak rendah sekarang, lebih baik ianya dijaga dengan teliti supaya anda tidak mengalami kerugian...

Hubungi Kami: 016-3280951/012-4370347 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments