Pasaran Di Guangzhou, China Terbuka Luas, Sebahagian Kecil Di China...




Penduduk Guangzhou, yang lebih dari dua kali ganda negara kita, hanya sebahagian kecil dari negeri China. Dengan populasi lebih dari 50 juta, ia bukanlah seperti apa yang setengah dari kita bayangkan. 

Kami hairan dengan bangunan-bangunan yang mencakar langit diseluruh bandarayanya...bukan calang-calang orang yang mendudukinya. Dengan kenderaan yang mahal-mahal yang setengahnya tidak pernah menjejak tayarnya di Malaysia... ia di luar pemikiran kita yang mungkin berfikir orang China ramai yang miskin....Tetapi melihat kepada kereta-kereta yang mewah yang dipandu...wowow bukan calang-calang orangnya...mungkin yang kaya amat kaya dan yang miskin mungkin miskin sekali..wallaualam.

Banyak daripada bangunan yang tinggi-tinggi merupakan apartment yang rata-ratanya bernilai jutaan Yuan seunit. Untuk menyewanya juga ia mungin hingga puluhan ribu ringgit sebulan.

Bangunan dan kompleks membeli-belahnya bukan sesebuah yang dijual dengan pelbagai barang, tetapi bangunan demi bangunan di kiri kanan jalan merupakan bangunan yang menjual hanya satu jenis barangan , seperti kulit..segala jenis barang daripada kulit dijual disini.. dengan pelbagai pilihan. Dan kalau menjual barangan letrik, bangunan demi bangunan hanya menjual barang letrik.. begitu juga lain-lain barangan. tetapi untuk membelinya anda perlu berhati-hati, mahu yang China tulin? first class copy/immitat? harganya murah tetapi kalau yang tulin dari Japan..harganya mahal sekali.. 

Dengan taraf hidup orang-orang China di sini..tak hairanlah sarang buung mendapat tempat di pasaran mereka.. Jika kereta yang bernilai ratusan ribu ringgit di Malaysia, dapat dibeli oleh ramai penduduknya disini... apalah harga sekilo sarang burungkan?  Mereka amat mementingkan kesihatan sebab itu pasar herba mereka menjadikan letih kaki kami menjelajahnya, tak habis sehari...Waduh penatnya...Disetiap kedainya sarang burung sentiasa ada dijual, walaupuisu nitrita masih bermain dipemikiran mereka... jadi kita hanya perlu menunggu apabila isu ini habis dipermainkn oleh pihak-pihak yang ingin mengaut keuntungan untuk diri sendir, pasaran sarang burung akan berkembang semula..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..