Menjelajah Potensi Industri Sarang Burung Di Guangzou, China


Hari kedua di Guangzhou kami menjelajah bandaraya tesebut mencari pasaran sarang burung layang-layang. Disini kami memasuki kdai-kedai yang menjual barang-barang "herbs" yang terdiri dari pelbagai produk binatang dari lipan bara ke tanduk rusa, " anu" rusa, gamat-gamat, gajah laut, anjing laut dan pelbagai lagi.. bukan sedikit sedikit malahan jika dihitung tentunya berjuta-juta ekor telah ditangkap dari habitat asal mereka dan dikeringkan dn dijual ke sini melalui cara halal mau pun haram...wallahualam..


Dari pelbagai jenis herba yang dijual, tak ketinggalan juga dari prrouk sarang burung.. Boleh dikatakan setiap kedai ada sahaja yang menjual sarang burung ini.. tetapi mengikut cerita penjual di sini sebelum isu "nitrite" yang dimainkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab di Malaysia, sarang burung ini lebih banyak di atas 'shelf".

Daripada berita di Malaysia dulu, banyak produk sarang burung yang diturunkan dari "shelf" atas arahan kerajaan China. Walaubagaimana pun dari apa yang Pak Din pelajari dari lawatan ini... industri sarang burung ini masih mendapat tempat di negeri China dan harganya masih lumayan jika kita tahu caranya. kita perlu mewujudkan rangkaian antara pembekal dan pembeli sebelum ianya mendapat tempat yang lebih baik..


 Rusa bintik ini mmpunyai pasaran yang amat baik di negeri Chin. Segala "parts" rusa ini berharga kepada orang-orang China.ratarata kedai di sini menjual tanduk rusa yang dihiis nipis dan dikeringkan... Rusa ini dipelihara dengan banyaknya di sini, begitu juga lipan, anjing laut, gajah laut dan sebagainya..


 Salah seorang buyer yng berpotensi di sini yang boleh dihubungi untuk penjulan sarang burung di sini. daripada apa yang Pak Din fahami industri ini masih lagi mempunyai potensi yang terbentang luas untuk kita jelajahi.. Ianya boleh dijual  sebagai produk yang sudah siap dicuci dan dikeringkan atau dijual dalam bentuk produk hiliran yang telah diproses dan terus boleh di minum.. Di masa ini Pak Din juga berjumpa dengan produk air minuman yang dijual dengan harga ratusan ringgit sebotol, diperbuat di Singapura.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..