Menjawab Tohmahan Setengah Pihak Berkaitan Pembinaan Rumah Burung Oleh Pak Din

Hari ini Pak Din menerima panggilan talipon dari salah seorang teman yang mengikuti blog Pak Din dan lain lain blog bagi mendapatkan pandangan dan tunjuk ajar dalam  industri burung layang-layang ini.... Katanya ada blog yang pemiliknya berasal dari Kelantan yang menyatakan rumahnya yang Pak Din bina punya masalah burung tak masuk. Katanya disebabkan pembinaan yang Pak Din buat banyak salahnya dan kini beliau meminta kontraktor lain untuk membuat kerja kerja repair....

Pak Din tak kisah   kalau nak keluarkan berapa banyak duit pun untuk penambahbaikan atau nak suruh siapa pun itu adalah hak pemilik rumahnya.. Tetapi tohmahan yang memburukkan Pak Din perlu dijawab di sini..

Untuk pengetahuan teman teman semua bukan sebuah rumah yang menerima nasib sebegini...antara berpuluh yang Pak Din buat banyak yang ok..tetapi yang sebegini mungkin di hati tiada niat menipu Pak Din. Seperti yang selalu Pak Din katakan perjanjian hanyalah sekeping kertas..yang hanya menguntungkan pemilik rumah dan bukan Pak Din. Kalau Pak Din tak tunaikan janji Mereka noleh ambil tindakan undang undang tetapi bila tuan rumah yang "belot" Pak Din tak dapat buat apa apa... rumah dah siap orang tak bayar habis, Pak Din nak saman? berapa lama nak tunggu utk dpt duitnya? Entahlah... Tuan rumah sudah dapat rumahnya tapi Pak Din? hanya gigit jarikan?  Tapi Allah Maha Adil... orang orang sebegini rezekinya Allah sekat..Dari pengalaman Pak Din bukan seorang dua yang rumah mereka tak ditiduri burung tetapi dah lebih dari 20 Orang yang berhutang antara 1,000 ke 20,000 ringgit menerima nasib sedemikian.

Bagi pemilik yang membuat tohmahan ini... pada awalnya bukan main baik lagi..pijak semut pun tak mati... katanya beliau cuma ada RM70K sahaja.. Pak Din buatlah bagaimana pun janji beliau mendapat sebuah rumah burung.. jadi dari bentuk dan saiz asal..terpaksa Pak Din kurangkan kerana harga asal lebih tinggi. maklumlah semua harga barang sudah naik.."dengar saja rumah burung semua barang mahal.." Walaupun Pak Din dengar pemilik rumah ini mendapat pinjaman lebih tinggi tetapi sudah dibelanjakan..Pak Din ikhlas membantu...jadi dihantarlah semua pekerja ke sana untuk membina.. di awalnya bayaran ok...tetapi pada akhirnya berbagai komplain dibuat..pak Din perbaiki apa yang tak kena...  tetapi masih tak puas hati walau sudah ditandatangani "surat" mengatakan semua sudah ok... burung juga sudah masuk keluar dengan banyaknya...tetapi bila bayaran diminta...ada lagi yang tak kena..dituduhnya Pak Din munafik pulak tu..

Niat Pak Din nak pergi ambil semula apa jua barang yang telah dipasang... dengan nilai RM 15K yang tak dibayar..tetapi tak sampai hati...Pak Din nak Lakukan maklumlah kita sesama islam...dan Pak Din juga inginkan perkongsian kejayaan ..tetapi nasib beliaulah Allah Maha Adil walau kawasannya bagus..burungnya banyak..burung sentiasa keluar masuk..malanngnya tiada yang mahu tidur.. jauh sekali bersarang.... BUKAN SALAH PAK DIN KAN??

Pak Din hanya berserah pada Allah Yang !maha Kuasa.. di akhirat Pak Din tuntut..Belum sesen pun yang Pak Din halakan..yalah kita mencari rezeki kalau nak dihalalkan semuanya apa yang Pak Din dapatkan? Amal jariah pun tentunya ada hadnya...Yang membayar dengan baik..dan tiada niat untuk "membelot" Pak Din masih menunggu jaanji-janji yang dilafazkan walaau hari ini kataa esok akan dibayar atau lusaa, lepas raya dari satu raya ke raya yang lain..mungkin sampai raya tahun depan..DARI SATU  BONUS KE BONUS YANG LAIN...WALLAHUALAAM.. 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..