Guangzhaou, Bandar Bercahaya..


Pada 16 Disember yang lepas pak Din bersama teman-teman blog dan isteri telah bertolak ke Guangzhou seperti yang dirancang..

Flight kami adalah pada 1605 petang tetapi seperti selalu flightnya terlewat... kira-kira 20 minit...oklah tu kan..bukan sejam atau dua jam yang biasa Pak Din dan orang lain alami.... 

Penungguan amat membosankan tetapi dengan lawak dan cerita-cerita oleh teman-teman yang selalunya bertemu hanya atas urusan pembinaan rumah burung kini akan bersama untuk 5 hari 4 malam... Penerbangan mengambil masa  kira kira 4 jam... sedikit menjemukan dengan keadaan seat yang sempit ... maklumlah nak murah terpaksalah ambil Air Asia... Kalau dengan MAS mungkin baik sikit??? Tetapi tiada MAS flight ke sana.. kamu merasa terkejut juga melihat lapangan terbang di Guangzhou ini...amat besar sekali, mengalahkan KLIA yang kita selalu bangga-banggakan itu.. 

Apabila mendarat...kami menuju ke arah kastam dan kemudiannya ke tempat mengambil luggage... luggage..WoW kawalan keselamatan mereka agak ketak dengan melalui 3 tapisan keselamatan.. jadi jika anda ingin kesana janganlah cuba seludup apa-apa yang tak dibenarkan..Walaubagaimana pun membawa 1-2 kilo sarang burung tidak menjadi masalah...Pak Din dah cuba...ok lepas...mungkin mereka ingatkan ianya karipap kut..hehehe.

Kesini nak masuk pun kena scan beg-beg kita yang dibawa dengan tangan, mula scan muka, scan seluruh badan ... pas tu baru boleh masuk dan ambil beg besar...Bila dah ambil beg besar kena scan lagi sekali sebelum masuk... Bagus kan?? tentu susah sesiapa yang mencuba nak seludup dadah atau barang barang terlarang ke sini... tak macam airport kita...ada pass saja dah boleh masuk... Mungkin juga perlu ikut tauladan China.. bagi mengelak orang menyeluduk masuk/keluar dadah!!!


 Setelah menilau mencari teman teman yang terpisah semasa  mengambil beg...Pak Din dan kawan-kawan baru berjumpa dengan penyambut kami di Guangzhou dan dibawa menaiki van ke tempat tinggal kami. Diperjalanan kami singgah makan...perut dah lapar...

Masing-masing tercengang-cengang melihat keadaan bandaraya Guangzhou ini.. Bila di Malaysia..tak terfikir dan terbayang yang bandaraya ini sebegitu modern dengan bangunan-bangunan yang mencaka langit....

Dengan penduduknya yang dua kali ganda penduduk Malaysia, tak hairanlah bangunan-bangunn tingginya merupakan appartment-apartment yang dibina khas untuk penduduknya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..