Trengganu Kite...

Pemandangan ini menyambut kita apabila sampai di Kuala Terengganu..Sebuah doa..peliharakanah Terengganu kite.. Masha Allah
Pemandangan di tepi pantai...berhampiran dengan "Petaling Street" Kuala Terengganu..


Semasa melawat Kuala Terengganu minggu lepas (hujung minggu) untuk menunaikan janji Pak Din kepada isteri ..errmmm "shopping silk".. pak Din menyusuri tepian pantai di jalan berhampiran "China Town" kelihatannya rumah rumah usang yang tidak diruntuhkan walau pemandangannya sedikit menyakitkan mata...

Apabila diteliti dan di dengari betul-betul rupanya rumah rumah usang ini sudah dijadikan rumah burung..



Terdapat deretan rumah burung yang riuh rendah dengan bunyian-bunyian memujuk burung memasuki kedalamnya dan seterusnya tidur dan bersarang di dalamnya..

Mula dulu Pak Din tak ternanpak pun rumah burung yang ketara perkampungannya tetapi bila sampai di sini...Pantai Batu Buruk.. barulah kelihatan rumah rumah burung yang banyak sekali.. boleh dikatakan kesemua rumah di sini merupakan rumah burung.

Kalau difikirkan rumah rumah ini mestinya rumah pioneer di Kuala Terengganu> Terletaknya di tepi pantai...ianya dulunya tentunya memanggil burung-burung yang tinggal di gua-gua di Off-pantainya seperti Pulau Redang (terkenal dengan kehadiran burung yang banyak) dan di tenderkan pengambilan sarangnya kepada penduduk kampung di pulau tersebut.


Tentunya rumah-rumah ini sudah pun dipenuhi dengan sarang-sarang yang berkilo-kilo banyaknya.. ia mungkin sudah dimulakan sebelum 1990'an lagi..

Isteri Pak Din pernah ke Pulau Redang dalam tahun 1995 bagi membuat kajian populasi burung ini di habitat liarnya. pad amasa tersebut masih banyak burung di sana... tetapi kini dengarnya hampir pupus burungnya di sini (Pulau Redang) kerana kegelujuhan manusia.. Mungkin kebanyakkan burung-burung di sana sudah pun berhijrah ke sini.. 




Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments