Pelbagai Ragam Manusia..Rambut sama Hitam..Tetapi??

Bangunannya sudah 100% siap tetapi dalamannya terpaksa dilambatkan dan kemudiannya dihentikan kerana masalah bayaran..Begitulah apa yang terpaksa ditanggung oleh Pak Din dan pekerja.. Duit dilambat-lambatkan bayarannya walau asalnya dijanjikan semuanya sudah ada ditangan.. 

Rumah-rumah yang belum dapat disiapkan sepenuhnya disebabkan kekangan kewangan. Walaupun sudah dipanggil burungnya namun "ongkosnya" masih sangkut.. dari RM5,000 sehinggalah ke RM20K. Ada yang menjanjikan bayarannya selepas raya..(dah 2 kali raya, 3 kali raya jika dikira depavali"). Ada pula yang menjanjikan bayaran dibuat di tahun depan. Ada yang menjanjikan bayaran ansuran (macam berhutang dengan bank pula- tapi akhirnya tak juga dibayar). Ada yang menjanjikan selepas gaji/bonus...tapi tak juga kelihatan..Walau bonus pun dah habis dibelanjakan..

Begitulah apa yang perlu ditanggung dengan oleh kontraktor Melayu.. (kalau dengan Cina tak pula dibuat demikian!!!) Entahlah...Mungkin ada yang lupa kita berjanji bukan saja di atas kertas tetapi di saksikan oleh Yang Maha Kuasa...ALLAH dan malaikan-malaikatnya. 

Pelbagai karenah yang terpaksa pak Din tanggung..tetapi demi menjayakan projek ini pak Din masih berusaha..bukan hanya keuntungan yang dicari tetapi kepuasaan dihati bila ada yang menalipon menyatakan kegembiraan mereka bila burung sudah mula masuk dan bersarang di dalamnya...Alhamdullilah itu yang dapat Pak Din ucapkan...Bersyukur dengan kejayaan yang telah dicapai..

Ramai dikalangan pengusaha mengambil pinjaman bank dulunya duit dibayar terus kepada peminjam.. biasanya dengan harga RM100K keatas..duitnya dihabiskan membeli kereta baru, 4x4 baru, dan bermacam lagi.. bila duitnya yang tinggal hanya seciput... kehulu hilir dicari kontraktor dan apabila tiada yang sanggup membina dengan harga yang sedikit yang tinggal barulah dicari Pak Din. Oleh kerana ingin menolong. pak Din bersetuju membina tetapi syaratnya duit dibayar dulu (lump-sum) atau 2-3 kali bayar dalam masa 1-2 bulan.

Diawalnya semuanya bersetuju dengan pelbagai janji manis...tetapi bila diakhirnya macam-macam komplainnya.. itu tak betullah..inilah yang tak betul..dan dipanggil pula kontraktor Cina (kawan-kawan) dan pegawai veterinar untuk melihat rumah yang dah siap dibina..bermacamlah komplainnya..itulah ragam orang Melayu kita.. dulunya bila tersepit dicarinya Pak Din tapi bila dah siap tak nak bayar semuanya...hingga ada yang menukar no telefon supaya Pak Din tak tuntut bayaran akhir.. ada yang seribu dua,, ada yang hingga 5 ribu dan paling banyak 10-20K...

Ada yang menghantar sms nak saman Pak Din di mahkamah kerana rumahnya burung tak mau masuk dan tidur, nak hantar kaki pukul kerumah Pak Din kerana rumahnya berdebu..dinding dalamannya tak diplaster..dan berbagai lagi..sedangkan janji asalnya lain..sebuah rumah 20'x40x2 tingkat tanpa plaster luar dalam..kemudian diminta plaster dengan kos tambahan dan pelbagai lagi..tapi semuanya kantoi.. tak dibayar pun.

Teman Kita di shoutbox..ada mengkritik... "hutang tak dibayar Pak Din bukan main bising.." tetapi rumah yang dibina tak sempurna..bila bayaran sudah habis dibuat. Itulah komen yang sering Pak Din terima.. Rumah Murah bermakna pekerjanya diupah juga murah..ini bermakna mereka tidaklah punya kemahiran yang tinggi.. Jika pekerja nak diambil dari yang mahir.. tahukah anda berapa upahnya?? Mencecah RM30K bagi sebuah rumah bersaiz 18'x20'x3 tingkat.. Pak Din hanya ambil RM50K duit mana nak beli barang lagi?? Macam tu Pak Din nak buat AMAL JARIAH  pun tak cukup...Jadi fikir-fikirkanlah.. Ramai yang datang meminta Pak Din membina rumah mereka kerana tak mampu nak bayar dengan kontraktor lain yang meminta ratusan ribu ringgit untuk sebuah rumah..bila perjanjiannya ditunaikan.. kebanyakkannya berjalan lancar.. syukur.. ALLAH MAHA ADIL..

Untuk pengetahuan, membina rumah burung bukanlah seperti membina rumah kita manusia.. walau rumah dah siap, pemantauan tetap kena buat kerana kita berdepan dengan pelbagai kejadian alam.. kadang-kadang rumah kita di panah petir.. kalau rumah sendiri, kita boleh tutup semua electrik untuk elak barangan kita spt radio n tv dicabut terus plugnya tetapi dirumah burung?  seharian dipasang alatanya..kalau dipanah petir? ramai yang meminta Pak Din datang semula..jadi bayaranya yang lebih digunakan untuk itukan? Sekurang-kurangnya 3 kali bolehlah diberi servis percuma..tetapi lebih dari itu? siapa yang sanggup kalau wang tambahan tak dihulur?? bukan datang dengan berjalan kaki.. Minyak perlu diisi, pekerja perlu dibayar, kadang-kadang barangan pun kena beli lainkan?

Jadi fikir-fikirkanlah..siapa yang makan cili tentulah dia terasa pedasnya..Pak Din tak kisah sangat pada yang telah membayar semuanya dan tidak cerewet ... duit bukanlah segalanya..Pak Din sentiasa memantau perkembangan rumah yang dibina.. servis percuma kadang-kadang diberikan apabila difikirkan perlu...Pembinaan rumah burung bukan setakat bangunannya saja ia adalah "long-term" kita tak perlu bermasam muka...kerana esoknya jika punya masalah penambah-baikan perlu dibuat.. kerana ia bagaikan sebuah R&D yang tidak statik..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..