Tongkang Pecah...RBL Ku Sudah Hampir Kepenghujungnya..

Sebuah RBL di Tongkang Pecah sudah hampir 80% siap.. Insha Allah di akhir bulan Oktober ini ianya bakal beroperasi...

Dengan ukuran 20'x60'x3 tingkat, bangunan RBL ini yang dibina dengan pinjaman wang dari Bank Pertanian, Batu Pahat  bakal merealisasikan impian saya sekian lama dulu...begitulah kata-kata pemilik RBL ini..

Pihak Bank Pertanian kini sedang mengeluarkan peruntukan bagi pinjaman rumah burung layang-layang ini dengan kadar 6.7% lebih tinggi dari dahulunya 3.5% dan sebelumnya 1.5% (kalau tak salah Pak Din). Kini mengikut khabarnya peminjam perlu menyatakan  kontraktor yang telah dipilih dan peruntukan akan disalurkan terus pada kontraktor... Alhamdullilah kerana dengan cara ini pihak peminjam tidak lagi dapat menggunakan wang yang dipinjam untuk membeli kereta, buat kenduri dan bermacam lagi sehingga wang yang dipinjam untuk membina rumah burung tidak dibayar kepada kontraktor..seperti yang berlaku pada Pak Din.. Syukurlah keluhan Pak Din selama ini didengari oleh pihak-pihak berwajib..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments