Tg Piandang RBL 2


Milik seorang anak Muda lepasan Universiti Madinah, RBL ini telah dibina kira-kira 6 bulan dulu. Dengan ukuran 20'x30'x30' RBL ini telah dibina oleh seorang kontraktor?? Tetapi malangnya kontraktor tersebut tidak punya kemahiran dalam memasang peralatan dalaman rumah beliau.

Alhamdullilah ketika Pak Din membina sebuah RBL dalam kejiranan yang sama, kami telah bertemu.. Beliau meminta bantuan Pak Din dan the "crews" memasang apa yang perlu bagi memikat burung masuk ke dalam rumahnya.. Semalam Pak Din dan isteri melawat rumah beliau bagi menjalankan sedikit penambah-baikan disamping memberikan sedikit tunjuk ajar bagi membuat pengurusan rumah beliau..

Ketika melihat-lihat dalaman rumah beliau, Pak Din juga memeriksa lantai bagi melihat kesan-kesan najis di dalamnya, kerana pekerja Pak Din pernah melapurkan ada kesan-kesan burung tidur di dalamnya.. Alhamdullilah beberapa tompokan najis sudah kelihatan menunjukkan burung sudah tidur, mungkin sudah hampir sebulan??

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments