Silap Lagi......Milik Siapa?....Mengapa ?..Salah Di Mana??.


Sebuah rumah burung 4 tingkat yang dibina di Jalan Padang Besar menghala ke Bukit Cabang. Terdapat dua buah yang hampir serupa..mungkinkah oleh seorang kontraktor yang sama?? Melihat kepada kedudukannya amat menarik sekali tetapi pintu masuk rumahnya tu... menghala kemana?? terletak terlalu hampir dengan semak samun di depannya? Kenapa jadi begini?? Kurang pengetahuan? Tidak belajar danm mengenali sifat-sifat dan kelakuan burung..

Di hadapanya sudah ada ruangan luas yangboleh menarik burung dengan senang...kawasannya lapang terbentang luas untuk di jelajahi.. senang bagi roaming area kepada si burung sebelum masuk kerumah..

Mungkinkah rumah ini sudah berjaya?? tetapi mengikut pengetahuan Pak Din dan pengalaman Pak Din pintu masuk sebegini akan menghalang burung dari masuk kerumah.kerana burung biasanya akan berlegar di luar dulu sebelum masuk. Pertamanya untuk pastikan keselamatan mereka.. Kedua- untuk pastikan tiada musuh di sekeliling Ketiga: Bunyi yang mainkan tidak pergi jauh, mungkin dengarnya kuat tetapi suara akan memantul balik ke dalam rumah apabila tekena pokok-pokok tersebut.

Pembelajaran tentang burung dan baitnya serta keperluan mereka perlu kita ketahui sebelum menceburi inidustri ini supaya apabila kita memilih kontraktor dan mereka membina rumah burung kita..jangan hanya mengharap mereka sepenuhnya.. takut beginilah jadinya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments