RBL Bukit Besi Sudah Pun Siap, Dan Sudah Pun diLancarkan.



Berkonsepkan Murah dan ringkas, sebuah RBL bersaiz 20'x30'x4 tingkat telah dapat disapkan bangunannya dalam masa kurang dari 10 hari.. Konsepnya simple, kosnya murah, dan pembinaannya cepat. Luaranya menggunakan zinc khas yang berlapiskan "seperti alluminium foil" bagi menyejukkan dan dalamannya hanya menggunakan besi "staging" dan lantainya diperbuat dari plywood yang kelak akan di saluti dengan satu bahan khas bagi mengelakkan dari ianya basah. Staging ini dipasang berbentuk U disekeliling dinding.. Simplekan?

Dengan kos yang minimum pemilik ini sudah mempunyai RBL yang agak besar..insha Allah dengan lokasinya yang menarik di dalam hutan.. begitu banyak burung layang-layang ini mencari makanan. Lokasinya yang jauh dari RBL lain (lebih dari 20-30km?? ) memungkinkan ianya didiami burung dengan lebih cepat.. Jom kita doakan RBL ini berjaya kerana niat pemiliknya mahu berhenti membuat kerja-kerja sekarang "engineer" dan menetap di sini dalam masa terdekat...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments