RBL 2 1/2 Tingkat



Dua bangunan RBL berkembar...mana satu yang asal? yang rendah atau yang tinggi? Pada firasat Pak Din tentunya yang rendah dahulunya dibina dan apabila sudah ada hasil lumayan yang lebih tinggi dibuatkan pula  atau sebaliknya? Hanya tuan dan jiran-jirannya saja yang tahu.. Tetapi kebiasaannya begitulah kan? 

Begitulah yang sepatutnya kita lakukan, usah membina sesuatu yang terlalu besar dahulu, buatlah yang kecil dulu ikut kemampuan, apabila sudah berhasil,bolehlah dibesarkan kerana industri ini takkan terus berjaya dan rumah kita terus dimasuki burung sepenuhnya.. Jadi berdikit-dikit dulu macam kata orang tua-tua kita dulukan? 

Kalau mengikut lokasinya, RBL ini milik seorang bumiputera tetapi siapa tahu? tanah miliknya di sewakan kepada orang lain?


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments