Pintu masuk Gaya Terjun... Bila Diperlukan?


Tidak semua tempat sesuai dengan cara pintu masuk  sebegini. Dan tidak semua tempat memerlukan pintu masuk secara ini.. Pada pemerhatian Pak Din pembinaan secara ini biasanya dilakukan oleh orang yang sama atau kontraktor yang sama. Jika anda berjalan melalui Melaka ke selatan RBL berbentuk sebegini banyak yang dapat dilihat di sepanjang jalan.

Jika kita juga ingin membina rumah burung, janganlah hanya cuba meniru apa yang orang lain buat. Selidik dulu apa keperluan burung di lokasi anda kerana jika ada keperluaan barulah bina rumah burung dengan pintu masuk gaya terjun. Tak semua burung boleh terjun ke rumah kita. Jika kawasan anda sudah ramai yang membina gaya sedemikian, maka bolehlah anda berbuat demikian. Tetapi gaya masuk/terbang masuk biasa dari sisi lebih menyenangkan burung masuk kerumah anda.

Apabila kita membina sebuah "monkey-house" untuk burung pastikan keluasannya mencukupi untuk si burung berlegar di dalamnya jika tidak burung tidak turun sampai kebawah (tingkat bawah). Mereka hanya akan keluar masuk di monkey house anda..

Gaya masuk kedalam rumah melalui dinding adalah bersesuaian bagi sang burung dalam keadaan biasa kerana mereka dapat masuk dengan selesa terus ke dalam rumah dan ke papan-papan pembiakan.

Bagi rumah burung yang dibina di tengah bandar (bangunan tinggi di sekelling) atau di kawasan pertanian atau kampung (pokok tinggi tinggi) maka pintu masuk gaya terjun adalah lebih baik. Tetapi jika di kawasan lapang seperti rumah di atas pintu masuk dari sisi adalah   lebih bersesuaian. Jika anda ingin membina sebuah rumah burung pikir-pikirkanlah apa yang lebih sesuai jangan hanya membiarkan kontraktor rumah anda membuat kebiasaan mereka kerana itu rumah burung anda..Dan jika sesuai untuk membina pintu masuk kedalam rumah secara terjun pastikan juga tidak ada halangan di sekeliling  untuk mereka terjun seperti gambar di atas...FIKIR-FIKIRKANLAH..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments