Pelancaran RBL Baru Mesjid Tinggi-Kenduri Doa Selamat



Sebuah lagi RBL di Masjid Tinggi sudah disiapkan dan kini sudah dilancarkan bunyinya..  Alhamdullilah burung sudah mula keluar masuk kerumah baru ini.. dan mengikut penjaga rumah ini (keluarga pemilik??) ada burung yang masuk tak keluar-keluar pada sebelah petangnya... Wallahualam.. Pak Din belum buat pemeriksaan lagi untuk melihat najisnya..

Dengan ukuran 20'x50'x3 tingkat ianya tersergam dipinggir ladang kelapa sawit dan sawah padi.. Suatu kombinasi yang baik sekali kerana di musim menuai dan membajak, banyak serangga yang dapat menarik burung datang mencari makanan dan menyediakan air untuk mereka minum di musi tengkujuh.

Dan ketika cuaca panas di sawah padi, ladang kelapa sawit menyediakan makanan yang tidak putus-putus pada sang burung.. Ketika lawatan Pak Din semalam, begitu banyak sekali burung di atas rumah ini, bagaikan tidak sabar mereka untuk singgah ke rumah ini.. Insha Allah jika semuanya baik.. akan masuklah mereka ke sini kelak..

Hari ini Pak Din dijemput untuk menghadiri kenduri doa selamat bagi merasmikan pelancaran rumah ini.. Terkejut Pak Din bila sampai di sini tengah hari tadi.. Ramainya para jemputan..bagaikan kenduri kahwin...ermmmm . Alhamdullilah semuanya berjalan lancar..marilah kita sama-sama berdoa akan kejayaan rumah burung ini...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments