UNiMAP mahu jadi pusat rujukan dunia bagi industri burung ini....


Baguslah makin ramai yang mahu jadi pusat rujukan....tapi janganlah asyik dok buat benda-benda yang sama ajer... asyik2 dok kaji kelakuan burung, kan itu sudah banyak yang dikaji?? Nak dikaji lagi kankah menghabiskan wang rakyat tu?? Itu semua boleh dibaca di dalam website, dah macam-macam yang orang dah tulis.... Cuma yang praktikalnya saja yang ramai yang tak tahu... Macam mana nak tingkatkan populasi burung di sesuatu tempat tu..supaya lebih ramai yang dapat berkongsi...

Ada dengar cerita pasal peternakan yang dijalankan oleh sesetengah orang apa jadi?? tiada pun yang di published untuk semua orang tahu? berjayakah? atau gagal? apa kesannya pada populasi burung sediada?? Kalau itu yang dikaji kan bagus??

Atau kan  lebih baik jika kajian pemasarannya dibuat? kini kita lebih banyak mengeksport sarang-sarang mentah, kenapa kajian keatas by produck yang boleh dihasilkan tidak dilebih titik-beratkan? supaya kita mendapat pulangan yang lebih lumayan? Kenapa Singapore yang tidak punya apa-apa boleh menghasilkan sesuatu produk yang lebih baik?? Pak Din harap perkara-perkara ini yang dikaji dan bukannya perkara basic yang kita cari... untuk kepentingan semua..insha Allah

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments