Tahukah Anda Bilakah Sarang Burung Boleh Dikutip??

Jika anak burung anda sudah mencapai umur sebegini anda bolehlah bersedia untuk mengutipnya..Jika anda terlewat bermakna anda sudah tidak boleh mengambilnya kerana biasanya si ibu akan menggunakan sarang yang sama untuk bertelor semula bagi menjimatkan masa dan tenaga..

Tetapi ini bukanlah satu yang merugikan kerana lebih banyak anak akan dihasilkan dalam satu-satu musim..Kalau diawal pembukaan rumah kita ianya satu blessing kerana ia akan mempercepatkan populasi burung di dalam rumah kita... bukan begitu.. tetapi seorang teman kelmarin dulu mengeluh..kenapa anak-anak burung beliau tak mahu duduk di rumahnya selepas ia sudah matang...

Susah juga nak jawab..tentunya rumah jiran kita lebih menarik? untuk mereka tinggal? Mungkin.. Jadi apa yang perlu kita lakukan supaya burung kita tak pindah ke lain? tentukan suhu dan humiditi rumah kita menyelesakan? letakkan sarang-sarang tiruan berhampiran sarang ibunya? supaya siibu dan bapa apabila menghalau mereka dari sarang asal maka ada sarang gantian disebelah sarang mereka? Mungkin si anak mencari pasangan di luar sana? dari rumah lain? mungkin di rumah itu lebih baik kondisinya? jadi rumah siapa lebih baik di situlah mereka akan menetap...

Kalau dalaman rumah kita...kita rasa dah ok... mungkin boleh buat sesuatu di luar rumah? tanam pokok-pokok yang boleh menghasikan makanan buat mereka supaya mereka akan sentiasa bawa teman balik untuk mencari makanan..di rumah kita.

Atau pergilah siasat apa yang menarik di luar sana menyebabkan mereka lebih suka di sana... Apa yang Pak Din tahu... banyak perkara yang kita tak tahu tentang burung yang tinggal di rumah kita...bila ada masa kita cuba buat kajian-kajian yang boleh membantu... atau kita bantu "mak ayah" burung tu mencari makan? atau sentiasa berinteraksi dengan burung2 kita..berbual dengan mereka bila kelapangan..di waktu petang... bersembanglah dengan mereka supaya mereka akan kenal suara kita..dan sentisa pulang untuk mendengra panggilan kita... ini pernah dicuba...dan berjaya..

CUBALAH...MANA TAU KALAU-KALAU BERJAYA..WALLAHUALAM.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments