Siri Ke-5: Peneraju Pertama Industri Sarang Burung Layang-layang. Gua....

Selepas program-progma kesedaran yang telah dijalankan bermula tahun 2008 dan selepas program pertama dan kedua di Pulau Pinang dan Kedah, Pihak pegawai-pegawai PERHILITAN telah menjelajah keseluruh Semenanjung bagi menganjurkan program-program kesedaran awam kepada penduduk kampung dan kaum bumiputera... Sambutan yang di dapati amat memberangsangkan.. daripada jumlah antara 100-130 kini mnjadi lebih dari itu...Peruntukan RM Ke-9 pada ketika itu perlu dihabiskan pada tahun 2009. Dan keseluruhannya kesemua negeri di Semenanjung telah dijelajahi sehinggalah ke akhir tahun. Cuma Terengganu sahaja yang tak sempat diterokai kerana kelambatan pihak terlibat disana memainkan peranan. Walaubagaimana pun setiap program menarik peserta dari pelbagai negeri yang sebelumnya kerana ketinggalan dan was-was akan program percuma yang dianjurkan....

Alhamdullilah diakhir program hampir 3,000 peserta yang mengambil bahagaian.. daripada keseluruhan jumlah itu lebih dari 80% kini sudah punya rumah burung yang berjaya..(dipelbagai peringkat) dan mengikut lapuran lebih dari 7,000 buah rumah milik kaum bumi dan orang Asli telah berjaya dibina....Syukur usaha cekal pihak Kerajaan (PERHILITAN) dan pegawainya telah menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan.

Usaha murni itu juga telah menjadikan industri ini yang dulunya menjadi rahsia dan 'tabboo" pada kaum lain selain Cina...sudah terbuka luas kepada semua yang berminat...ALHAMDULLIAH.

Selepas siri-siri program kesedaran awam yang dijalankan 3 program bengkel bagi mebincangkan isu-isu berkaitan permasalahan pemilik-pemilik rumah burung yang ada dan lain-lain perkongsian pengalaman telah dianjurkan oleh pihak PERHILITAN bagi mengumpulkan semua yang berminat untuk duduk dimeja bulat....perbincangan. Alhamdullilah kini sudah ramai konsultan-konsultan yang timbul dari siri-siri ceramah dan bengkel yang dianjurkan oleh PERHILITAN. Kesemuanya berusaha membantu kaum bumiputera lain bagi merealisasikan impian masing-masing...



Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments