Sejarah 15 Tahun Dulu Kini Kembali Semula.- Pak Din








Sejarah 15 tahun dulu kembali semula...kenapa? dan mengapa hari ini pembaca dibawa menyingkap semula kisah 15 tahun dulu.  Pak Din pernah beroperasi di sini .. sebuah kilang yang bernilai sekitar RM 5 juta. Dahulunya Pak Din dan rakan kongsi membina sistem Pembinaan IBS..pasang siap. Ketika itu tahun 1997.. masa kegawatan ekonomi. dan masa REFORMASI DI SEMENANJUNG MALAYSIA.. Emmm..

MINGGU LEPAS KETIKA PULANG kekampung, di PERLIS Pak Din dan isteri melawat sebuah kilang di utara Perlis...apabila berbual dengan pekerja di situ kami dimaklumkan bahawa kilang yang Pak Din bina dulunya kini tidak lagi beroperasinya sepenuhnya...dan kami menilik-nilik peluang menceburkan diri semula di sini...Alhamdullilah potensi membangunkan semula industri dan teknologi IBS ini terbentang luas...terutama dalm industri rumah burung..

Semalam Pak Din ke sana semula untuk bertemu pihak berwajib di sana PENS Holding..Kami berbincang dan cadangan Pak Din membangunkan semula teknologi pembinaan ini...dengan membina komponen bangunan rumah burung secara pasang siap. Cepat, Ringkas, Kemas dan Menjimatkan. Insha Allah Kita saksikan nanti tetapi di mana?..bagi yang berminat Pak Din akan cuba melatih dan mengadakan kursus pada kawan-kawan kita cara pembinaan dan menggunakan komponen IBS ini. Begitu juga yang berhasrat membina rumah kediaman atau premis bangunan perniagaan. 

Impian menteri-menteri kita agar setiap negeri akan punya Estate Rumah Burung ...dan melahirkan bakal hartawan. Kenapa anda perlu tahu?....setiap RM dibelanjakan dengan harapan ada kejayaan.  Nilai RM....itu amat bermakna. Di mana kilang ini?.....Impian Pak Din akan mewujudkan sebuah Estate Rumah Burung yang mampu milik. Di sini juga bakal kita lahirkan pula banyak anak-anak burung yang diberi kebebasan terbang dan kembali ke rumah di mana ianya dilahirkan ...Menarik ?...bagaimana?....Anda berminat?...atau...anda kurang percaya ?..... jangan ketinggalan. 

Teknologi hari ini membantu kita merealisasikan impian kita. Hanya kita perluk memikirkan dan berusaha.. kitta tak perlu ubah cara kehidupan burung-burung ini  kerana ianya milik Yang Maha Esa dan apa yang bakal  menjejaskan eco-sistem kehidupan asal. Apa yang perlu kita buat ialah berusaha... mencintai burung dan mengenali melodi suara-suara burung dengan cara berkomunikasi  dengan cara yang betul..

Bagaimana ?.....tunggu dan lihat kejayaan Pak Din sebagai seorang anak kampong akan berusaha menggunakan kaedah Bio Teknologi dalam melangkah ke arah kejayaan..(kini diperingkat ujian).akan dihebahkan nanti..  .....akan mencari pendekatan terbaik dalam industi ini. Sama-sama kita kongsi bersama kelak. (Komponen pengeluaran kilang - bata/dinding/lantai/bumbung/kekotak pembiakan menggunakan Teknologi  acuan pasang siap). doakan kejayaan bersama....

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments