Sebuah RBL Milik Seorang Anak Muda di Kg Gajah...


Semasa mengadakan pameran di PPK Kg  Gajah  di hujung minggu lepas, Pak Din berpeluang bertemu dengan seorang anak muda dalam 30'an (?) yang telah lama menjadi peminat blog Pak Din. Alhamdullilah sekurang-kurangnya usaha Pak Din memberi sedikit sebanyak maklumat dapat membantu beliau merealisasikan impian memiliki sebuah rumah burung...Walaupun kecil moleh tetapi ia merupakan anak tempatan pertama yang dapat memiliki sebuah rumah burung ditempatnya...

Alhamdullillah ketika hendak bertolak pulang hari Ahad lepas, Pak Din diajak melawat rumah beliau yang "agak kurang menerima kunjungan burung". Walaupun rumahnya serba kekurangan sudah ada tumpukan najis burung di dalamnya...Alhamdullilah. kerana ketiadaan rumah di kawasa ini, rumah beliau telah dipilih untuk dihuni oleh sang burung-burung yang "malas" untuk pulang jauh ke Teluk Intan. Insha Allah dengan sedikit pengubahsuaian akan lebih ramai yang akan tinggal di sini.

Mengikut pegawai daerah di sini ada desas desus aduan jiran-jiran di sebelah menyebelah yang tidak senang dengan bunyi panggilan yang kuat hingga ke malam. Nasihat Pak Din bukalah bunyinya di siang hari sahaja dari jam 6.45pg hingga 7.45 petang sahaja.Dapatkan sekurang-kurangnya 3 amplifier untuk dipasang di waktu siang (2 biji) dan satunya untuk dipasang di waktu malam dengan bunyi yang lebih lembut untuk "mengulit" mereka tidur dengan selesa di dalamnya..

jangan segan-segan bertanya... Pak Din sedia membantu bagi menjayakan RBL ini..dan bacalah dengan lebih untuk mengetahui tips-tips bagi pengurusan dalaman rumah burung anda.. INsha Allah kejayaan bakal milik anda..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments