Sarang Tiruan- Apa Gunanya?


Terdapat pelbagai cara untuk membuat sarang tiruan. Anda boleh membuatnya sendiri atau jika malas, boleh juga membelinya dikedai-kedai menjual assesories burung layang-layang. Untuk apa ianya digunakan? dan dimana ianya patut dipasang? 

Pertamanya sarang tiruan ini boleh membantu sang burung yang sudah ada pasangan yang sudah mula tidur di dalam rumah burung kita mempercepatkan hasrat mereka memulakan famili baru mereka dirumah kita. Mereka tidak perlu bersusah-susah dan "berpeluh-peluh" membina sarang untuk mula bertelor. Jangka masa sebulan bagi membina sarang dapat dipendek kepada 2-3 minggu saja.. jadi sarang-sarang ini boleh "induce" mereka bertelor lebih cepat..

Dima aia patut diletak? Jika anda selalu memerhati dalaman rumah burung anda.. tentu anda dapat lihat dimana najis burung berlonggokan... maka ambil "perpendicular" line ke atas maka disitulah tempat paling sesuai memasang sarang tiruan tersebut.

Jika burung sudah mula bersarang disini..jangan lupa untuk memindahkan sarang ini ketempat lain untuk pasangan lain menggunakannya kerana jika tidak samapi bila pun anda takkan dapat sarang yang "cantek" kerana mereka akan sentiasa ambil jalan mudah untuk bina sarang setiap musim...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments