RBL Berinovasi- 2 Pintu Di Setiap Tingkat..Kenapa?


Sebuah RBL yang terletak di tepi jalan lencongan di Gurun, Kedah. Mulanya hairan juga Pak Din bila melihat rumah burung ini. Kenapa terlalu banyak pintu masuk yang dibina?? Tetapi bila diamati dan  diteliti, berkemungkinan mulanya hanya satu pintu dibuka pada monkey housenya..dan apabila sampai satu ketika pemerhatian mungkin dibuat burung-burung yang masuk tidak mahu turun ketingkat bawah...Mungkin dalamannya terlalu gelap menyebabkan burung tidak berupaya melihat lubang pintu kebawah... Jadi sipemiliknya kemudian membuka pintu masuk melalui sisi pula dan kerana rumahnya agak panjang (50') dibukanay 2 pintu untuk menyenangkan burung masuk dan dengan cara itu lebih cepatlah rumahnya dihuni...

Dan oleh kerana burung masih tak mahu turun ketingkat bawah 2 lagi pintu masuk dibuka bagi burung terus turun ketingkat satu dengan idea yang sama..kalau anda mahu menirunya..hati-hati supaya jangan sampai rumah anda dimasuki burung hantu atau lain-lain pemangsa kerana di kawasan ladang kelapa sawit sebegini macam-macam musuh burung yang ada seperti burung hantu, tikus, ular, dan bermacam lagi.. dindingnya yang tiak licin akan mengundang lebih banyak musuh masuk ke dalamnya.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments