Ramai Yang Bertanya Kenapa RBL sebegini Tidak DiBina Dengan"Monkey House"??


Mungkin anda salah seorang dari yang selalu bertanya kenapa RBL sebegini tidak dihiasi dengan Monkey House?? dan kenapa pula pintu masuknya kecil sangat??

Apabila Pak Din membina rumah burung sebegini ramai juga yang bertanya kenapa begini dan tidak seperti yang selalu orang buat?  Jawapannya senang saja... ada tempat yang memerlukannya dan ada yang tidak. Sebenarnya apakah fungsinya monkey house ini?? Pernah anda bertanya pada diri sendiri atau pada pemiliknya? yang lebih mudahnya adakah sang burung meminta monkey house untuk mereka masuk keluar? Tidakkan?  Jadi ... ia hanya rekaan oleh pembina rumah burung sahaja.. ada yang hanya sebagai ikut-ikutan daripada pembina rumah yang terdahulu. bagi yang membuat kajian sebelum membinanya.. mungkin ia difikirkan tak perlu dibina..mungkin mengikut lokasi...ada yang perlu dan ada yang tidak perlu..

Bagi Pak Din juga demikian, mengikut kajian dan pemerhatian sesetengah rumah memerlukan monkey house dan ada yang tidak. Seperti rumah di atas, ianya tak perlu kerana RBLnya sudah cukup tinggi dan tiada halanan di hadapannya. Pintu masuknya juga tak perlu besar kerana ianya mengikut saiz burung yang ukuran panjang dari hujung kepak ke hujung kepak lagi satu saiznya tak sampai pun 6" panjang.. kalau dibuka terlalu luas mungkin pemangsa pula yang akan masuk..contohnya burung hantu yang banyak dikawasan pertanian.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments