Penantian Pelancaran RBL Pauh.....Perlis, Indera Kayangan

Sebuah RBL yang kecil  tetapi tersergam tinggi, 3 tingkat ditengah sawah yang terbentang luas

Bersaiz hanya sekadar 18'x20'x30' (3 tingkat)
Sejak mula dibina selepas raya ke 3 yang lepas pembinaan rumah ini kini sudah hampir disiapkan. Pelbagai rintangan berlaku dengan hujan yang kerapkali melanda kawasan ini dan perangai pihak pembekal bahan binaan yang kerapkali lewat... perancangan pembinaan yang sepatutnya memakan masa kurang dari 2 minggu kini berlarutan hingga ke sebulan. KITA MERANCANG tetapi DIA YANG MAHA KUASA MENENTUKAN..

Kini kerja-kerja dalaman sedang disiapkan dan dijangka hanya beberapi hari lagi insha Allah ia bakal dilancarkan.. Sejak pembinaannya dimulakan hingga ke hari ini orang kampung sentiasa mengutarakan soalan yang sama...BOLEHKAH BURUNG MASUK ATAU MAHUKAH BURUNG MASUK...rruamnya kecil dibandingkan dengan Rumah-rumah burung disekitar sini yang rata-ratanya milik pengusaha China yang saiznya besar-besar... Mereka bagaikan was-was akan kejayaan rumah burung yang sekecil ini...

Bukan besar atau kecil yang menjadi percaturannyakan? Walaupun besar dan ratusan riu dikeluarkan, burung yang nak masuk itu ditentukan oleh gerakan dari Yang Maha Kuasa kan? Jika Allah mengizinkan maka akan masuklah burung-burung itu kerumah ini... Pak Din hanya membanu membina dan menarik burung masuk inshaAllah jika kena gayanya dan bunyinya...masuklah mereka...dan untuk tidur di dalamnya..USAHA PEMILIK DIPELRUKAN kerana hanya doa melalui solat dhuha dan hajat serta doa-doa yang sentiasa di hujung lidah kita yang bakal menentukan kejayaannya.. Insha Allah

Jika permintaan dari orang bulkan islam Allah tunaikan, inikan pula dari umatnya yang beragama Islam dan yang sentiasa berdoa dan memujinya...WAALAHULAM..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments