Pemberhentian Pinjaman Peruntukan Rumah Burung

Minggu lepas  Pak Din dan isteri meninjau-ninjau peluang membuat pinjaman untuk pembinaan rumah burung layang-layang di Bank Pertanian, cawangan Kangar, Perlis. Pada raya ke 4 masih ramai lagi yang bercuti raya tetapi apabila berbincang dengan pegawai-pegawai bank tersebut.. kami diberitahu yang pinjaman tersebut, dalam apa jua bentuk sudah dibekukan. Arahan pihak "atasan" katanya.. bila ditanya apa sebabnya? katanya entahlah..."kami mendapat arahan tersebut sebelum hari raya lepas..." begitulah jawapannya..

Terfikir juga Pak Din..apa halnya? tetapi teringat juga perbualan dengan beberapa orang teman sebelum hari raya lepas yang pihak bertanggungjawab menyatakan projek ini sedang menuju ke arah "doom"?? wang sudah banyak dikeluarkan bagi membantu orang ramai yang berminat  tetapi hasilnya sehingga kini belum nampak?? Ya..setahu Pak Din ramai dari orang kita yang meminjam tetapi wang pinjaman dihabiskan untuk membuat perkara-perkara lain seperti membeli kereta baru dan hanya sedikit digunakan bagi membina rumah burung... ITU PUN YANG MEMINTA PAK DIN MEMBANTU MEMBINA TIDAK MENJELASKAN SEMUA BAYARAN PEMBINAAN SEHINGGA KINI.. Jika dihitung sudah menghampiri ratusan ribu ringgit, (termasuk orang yang mengeluarkan duit sendiri sehingga Pak Din terasa sesak nafas untuk beroperasi seterusnya..). Jika semuanya di bayar..

Sayang kan? pinjaman ini ditutup dan pihak-pihak yang betul-bteul memerlukan bantuan dan berminat tidak dapat berbuat demikian lagi..dengarnya hanya pinjaman bagi "lembu-kerbau dan peternakan lain seperti ikan, lintah dan lain-lain" saja yang masih ada dan ini semua sudah lama tetapi tidak menunjukkan kejayaannya.. Pada pandangan Pak Din kenapa dihentikan pinjaman tersebut kenapa tak di siasat dahulu mengapa ianya gagal? pinjaman kepada siapa yang diberikan? pemantauan sudahkah dibuat bila pinjaman diberikan? dan bermacam-macam lagikan? yang Pak Din tahu ramai yang meminjam tetapi wang pinjaan digunakan untuk membeli barang2 yang tiada kaitan dengan industri ini..salah siapa itu? Pak Din juga terkena tempias tersebut bila peminjam gagal menjelaskan bayaran bila rumah disiapkan....

Kini dengarnya pembiayaan yang diberi dibayar terus kepada pihak kontraktor bagi mengelakkan cara penggunaan benar-benar dibuat bagi pembinaan rumah burung...ALHAMDULLILAH DIDOAKAN CARA INI BOLEH MENJAYAKAN PROJEK INI..kerana Allah Maha Berkuasa. Bagi yang belum membayar hutang dengan Pak Din masih ramai yang belum mencapai kejayaan yang diharapkan walau sudah 2-3 tahun beroperasi.. ENTAHLAH.. Pak Din doakan kita sentiasa mendapat balasan atas apa jua usaha kitakan? Rezeki datang dari Nya...Insha Allah jika kita IKHLAS dan bersikap jujur..

 Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments