Pemasaran Sarang Burung Di China..


Dua bulan lepas Pak Din bersembang pada tokey rumah burung ini... Walaupun rumah burung ini baru belaiau sudah dapat mengutip 1 kilo sarang dan dicampur dengan RBL beliau yang sudah lama di Kuala Perlis... adalah hasinya 3 kilo sekali jual... Biasanya beliau menjualnya terus ke negeri China... Kata kawan-kawan beliau ada kilang..?? di sana jadi selalulah beliau pergi ke China.. sambil-sambil berniaga lain..beliau membawa sarang juga untuk dijual..

Pada pemergian beliau yang lepas..katanya agak susah sikit untuk bawa sarang untuk dijual... maklumlah akibat dari isu "pegawai jelmaan" dari JabatanVeterinar yang kononnya dari "agensi penguat-kuasa import exspot hidupan liar "tulin"" yang tersiar dalam surat khabar "the star",  sarang-sarang dari Malaysia menjadi fobia untuk diterima oleh pengimport China... kerana punya banyak nitrate yang amat berbahaya kepada kesihatan..Begitulah gara-gara nak kaya cepat.. sarang tiruan pun boleh dibuat..bukan saja telor tiruan..

Mengikut cerita beliau, sarang2 yang dibawa masuk banyak yang kantoi... tetapi beliau punya ok... nasihat Pak Din bila menjaga dalaman rumah yang terlalu terikut-ikut dengan rekomen kawan-kawan yang nak jual produk mereka hingga segala maknika disembur di dalam rumah burung kita... termasuk najis burung..benda-benda asing inilah yang diserap masuk kesarang yang dibina sebelum air liur yang dihasilkan kering.... menjadikan sarang tak sebenarnya putih.. dan kalau dah tak putih pula jangan digunakan peluntur warna bagi memutihkannya..

Boleh menampakkan cantek tapi bahaya pada kesihatan.. jadi buatlah secara natural..kalau perlu guna air suling untuk mencuci...selamat mencuba..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments