Kami Bukan Pembuat Sarang Burung Yang Boleh Dimakan..


Kami juga dikenali sebagai burung layang-layang dalam Bahasa Melayu... tetapi bagi membezakan kami dengan layang-layang lain nama kami diubah menjadi Sualo oleh pihak berwajib dalam awal tahun 1980'an dulu dan nama ini telah diterima pakai dalam mesyuarat pakar-pakar bahasa dan ilmuan di pertengahan tahun 1980'an. isteri pak Din telah dijemput sebagai ahli kepada jawatan kuasa ini...Kini ia dikenali sebagai "Sualo Batu".

Tergolong dalam famili Hirundinidae...kami mempunyai beberapa ahli keluarga yang hampir serupa di segi sifat dan tabiat kami.. Apa yang membezakan kami dengan layang-layang gua ialah kami membuat sarang daripada rumput-rumput kering dan lumpur serta bulu. kami juga hinggap di  wire-wire letrik yang biasa terdapat di kawasan bandar dan pertanian, juga di kampung-kampung.. Kami juga hinggap di mana saja yang boleh selepas kepenatan mencari makanan setiap hari.  Kami membuat sarang di bangunan-bangunan yang ditinggalkan atau di tepi-tepi bangunan yang tidak/susah dicapai oleh musuh kami..terutama manusia... kerana sarang kami dianggap kotor dan mengotorkan bangunan.. maklumlah ianya tidak memberikan pulangan dalam bentuk wang ringgit kepada manusia..Najis-najis kami pula dianggap mengotorkan lantai dan jika kami berak dari atas talian letrik.. apa juga dibawahnya bakal dirosakkan oleh najis-najis kami jika tidak cepat dibersihkan...

Begitulah nasib kami...selalu tidak dikehendaki, walaubagaimana pun najis-najis kami sering dipersalahkan kepada najis burung layang-layang gua yang amat dikehendaki oleh pengusaha burung layang-layang...Nasib merekalah.. lembu punya susu..sapi yang dapat namakan? manusia bukan semuanya cerdik..HAHAHA..begitulah pemikiran kami..tanpa usul periksa makhluk lain yang mendapat nama buruk..

Walau apa pun nasib kami lebih baik kerana kami diperlindungi sepenuhnya oleh pihak berkuasa "PERHILITAN" berbanding dengan si burung layang-layang gua yang terpaksa dikeluarkan dari senarai diperlindungi kerana kerakusan setengah pihak untuk mengaut keuntungan...

HAHA kini mereka boleh diternak, dikurung, dan didera kerana setiap sarang yang dibina akan dikutip kerana ianya membawa hasil lumayan... nasib lah...mereka boleh tinggal dibanglow-banglow besar dan sentiasa diundang masuk..tetapi kami selalu diusir keluar dari mana jua tempat yang kami pilih untuk tinggal dan bersarang...hu hu hu..nasib kamilah.. nak buat cam ner..sudah suratan..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments