Hati-hati Dengan Janji-janji yang DiTaburi Oleh....?

Ramadhan baru Berlalu dan Syawal sedang merangkak pergi...Alhamdullilah tetapi terasa semacam tak cukup amalan yang telah dibuat dalam bulan dan hari-hari yang mulia tersebutkan? Bila difikirkns kembali...SEMPATKAH KITA SAMPAI KE BULAN RAMADHAN DI TAHUN DEPAN..???WALLUALAM...

Minggu lepas Pak Din terkejut menerima satu panggilan dari seseorang yang tidak dikenali...mulanya ingat gitulah...tetapi suaranya bagaikan pernah didengari..tapi mungkin sudah lama kerana namanya juga sudah hilang dari telefon memori...maklumlah telefon sudah berkali-kali mengalami kerosakan..maklumlah sudah tua.. Tetapi bila direfresh kembali beliau pernah berurusan dengan Pak Din dulunya...menunjukkan tempat dan hasrat untuk membina RBL di Batu Pahat??

Setelah bertanya khabar... beliau mengeluh seperti kecewa... bila ditanya RBLnya yang mulanya ingin meminta Pak Din bantu membinanya telah diserahkan kepada satu kontraktor Cina Kota Melaka..yang diperkenalkan kepada beliau dan rakan kongsinya....oleh seorang pegawai Veterinar... Pada Pak Din itu semua tak menjadi "Hal" kerana itu hak masing-masinglahkan? Rezeki ada di mana-mana...

Beliau bertanyakan khabar... Alhamdullilah kata Pak Din dan beliau juga bertanya khbar akan RBL teman beliau yang Pak Din dok bina di Tongkang Pecah....Pak Din menyatakan Alhamdullilahlah... semuanya berjalan lancar, kini sudah naik ketingkat 2 (rangkanya), lambat sikit maklumlah bercuti Hari Rayakan? Beliau mengadu...RBLnya punya banyak masalah...tetapi Pak Din taklah bertanya banyak...maklumlah nanti dikatakan "busy body" pula kan?

Apa pun teman itu meminta Pak Din singgah kerumahnya untuk bertemu dan berbincang tentang pembinaan sebuah lagi RBL yang dicadangkan pembinaannya... Insha Allah..itu ajer yang Pak Din dapat katakan... minggu depan Pak Din akan ke sana melihat RBL yang sedang dibina..

Nasihat Pak Din jika ingin membina sebuah RBL, perlulah ditengok dulu hasil kerja kontraktornya, jangan cepat percaya dengan cerita-cerita kawan-kawan yang memperkenalkan, takut kelak terjadi sebegini..AWAS..RAMAI YANG MENGAKU KONSULTAN DI LUAR SANA.... TAPI RAMAI JUGA YANG "KON" DAN "SULT" ...JADI HATI-HATILAH BUKAN SIKIT DUIT YANG AKAN KITA BELANJAKAN..KERANA INDUSRTRI INI kita banyak "trial N error" kejayaan belum dapat ditentukan lagi? kalau pun rumahnya dapat disapkan....WALLAHUALAM


Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments