Dari Puncak Hotel Jelai, Temerloh, Pahang


Semalam aku di Temerloh dalam Perjalanan ke Jerantut dan Gua Musang... Ketika hari sudah menjelang senja aku me"check-in" ke dalam hotel.... di sini kedengarannya rancak dengan bunyi burung layang-layang gua...

Pada pemikiran ku tentunya banyak rumah-rumah dan hotel-hotel burung di sini... ermmmm apabila memasuki bilik di sini... aku terus melihat ke tingkap..bunyi-bunyi burung masih kedengaran  hingga ke dalam bilik... Masa aku masuk ke dalam bilik jam sudah hampir 8.00 malam..

Padapemikiran ku...ishhh jam berapa agaknya bunyi burung ini dimainkan... tunggu punya tunggu jam sudah melebihi 8.30 malam...aduhhh patutlah ramai yang mengadu bunyi ini menyakitkan telinga.... maklumlah jika kita tidak berminat dengan industri ini maka bunyinya agak membingingit telinga...

Kenapa dimainkan sebegitu??? sedangkan burung sudah pun masuk tidur seawal 7.45 malam. Selepas itu mereka takkan keluar dari rumah mereka walau dijeritkan bunyi itu sekuat mana pun... Tak guna memainkan bunyinya sehingga keesokkan hari sebab habit burung hanya aktif di waktu siang dan mereka hanya tidur dan berehat di waktu malam..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments