Bermulanya Satu Pembaharuan Di Kg Alor Star


Sebuah lagi RBL milik seorang anak Muda di Kg Alor Setar, Pauh Perlis mula dibina dengan binaan tapaknya. Hari Jumaat lepas 2 September 2011 barang-barang keperluan telah siap dihantar bagi pembinaan tapak.

Satu perjanjian telah dimeterai antara Pak Din dan pemiliknya... hanya perjanjian di atas kertas, mungkin untuk menyaman Pak Din jika Pak Din tak menyiapkan rumah mereka tetapi tidak menjanjikan apa-apa pada Pak Din kerana jika diakhirnya wang tidak 
dibayar kesemuanya Pak Din hanya boleh menuntutnya di akhirat sahaja.. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "Diampunkan semua dosa bagi orang yang mati syahid kecuali hutangnya: (Hadith Riwayat Muslim) 

Perkara yang sama berlaku pada RBL ini.. cuma Pak Din mengharapkan perjanjian diikuti sepenuhnya dan perjanjian kali ini semua bayaran dibuat sekali gus..bukan secara ansuran.. Ini membolehkan Pak Din membuat pembelian secara sekali gus bukan sedikit demi sedikit kerana ini akan meningkatkan kos.. Begitulah harapan Pak Din setiap prmulaan sebuah perjanjian dimeterai... tapi banyak yang kantoi.. banyak bayaran yang disimpan untuk sampai bila?? masih menjadi tanda-tanya..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments