Apakah Burung ini Yang Membawa Tuah Pada Kita?

Kita kerapkali berfikir burung layang-layang boleh membawa tuah pada kita tanpa mengetahui spesies apakah layang-layang itu. Layang-layang yang dijadikan Allah Taala pastinya ada membawa manafaat pada ekologi yang didiami manusia..Hanya Dia yang Maha Mengetahuinya...

Burung-burung bukan burung layang-layang yang boleh menyediakan sarang yang boleh dijual dengan harga yang mahal dan memberikan kesihatan yang baik pada kita... Mereka ini jika dilihat secara kasarnya banyak membawa "non-tuah" pada kita kerana jika mereka berhimpun sebegini kalau ada apa-apa dibawahnya seperti kereka yang dipark dibawahnya nescaya akan terkenalah bahananya..kerana najisnya merupakan sejenis asid..

Mereka ini terdiri dari 2 spesies yang berlainan. Salah satunya burung tempatan (tidak berhijrah dan dinamakan "sualo Batu" dalam Akta Pemuliharaan Hidupan liar 716 yang baru siap dipinda. Statusnya diperlindungi Sepenuhnya.. dan satu spesies lagi ialah Sualo Api. Ini dari jenis burung berhijrah.

Burung berhijrah bermakna mereka setiap tahun berpindah dari utara khaitulistiwa ke selatan (Malaysia) dan penghijrahan mereka dinamakan "southward migration". Ini berlaku pada bulan-bulan September-Disember setiap tahun dan ketika ini di utara memgalami musim sejuk yang keterlaluan di mana semuanya beku dan tiada makanan yang boleh dimakan. Ketika ini mereka akan terbang secara berkumpulan hingga beribu ekor banyaknya dan datang ke negara kita bagi mencari makan sambil menunggu musim sejuk berlalu. Dan dalam bulan-bulan bermula seawal Mac hingga Mei mereka akan terbang kembali ke negara asal mereka untuk membiak dan membesarkan anak-anak sehinggalah bulan Ogos-September setiap tahun dan perkara yang sama akan berulang kembali..

Begitulah kejadian alam...burung sekecil ini berupaya  terbang sehingga beribu batu dalam masa yang singkat.... untuk meneruskan kehidupan. Ajaibkan?? ITULAH KEKUASAAN ALLAH BAGI YANG SENTIASA BERFIKIR... 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments