Apa Ertinya Sebuah Perjanjian...Jika Hanya Untuk Memenangkan Sebelah Pihak Sahaja?

Setiap kali perjanjian dimeterai... tandatangan diletakkan di sekeping kertas, walau disetem dan dicop dengan pelbagai secara resmi dan tak resmi....??? Tetapi akhirnya siapa yang tidak menunaikan janji?? Pekerja dihantar dan kerja dimulakan tetapi pihak yang berjanji... semanis gula...tidak menunaikan janji mengikut apa yang dibuat? Perlukah harga dinaikkan? atau Pak Din mengikut tradisi kaum bukan bumi?? duit tak masuk..kerja tak dijalankan? atau duit masuk tak mengikut perjanjian, kerja tak dijalankan?

Di awal perjanjian, duit semua ada?? dah cukup tinggal nak dibayar?? tetapi malang seribu kali malang antara berpuluh rumah yang siap dibina... boleh dikira dengan jari tangan yang betul-betul mengikut perjanjian, semuanya dilangsaikan....Bila rumah disiapkan...bayaran digantung?? untuk apa? takut Pak Din membuat untun lebih?? atau sebab dalam ingatan belanja rumah yang dibuat sudah cukup sekadar bayaran yang dibuat? Kalau harga RM40K, RM5K digantung?? atau M100K , RM10K digantung? dan RM200K maka RM20-30K digantung??

Bagaimankah penilaian pemilik rumah yang berjanji? Pada Pak Din apabila perjanjian dibuat. rumah terpaksa disiapkan kerana jika tidak belanja pengurusan akan bertambah.. dan Pak Din tak mahu dianggap mungkiri janji..duit dari projek lain terpaksa diguna...keuntungan sedikit terpaksa dikorbankan di rumah anda...tetapi apa yang jadi? bayaran baki terus tak dibayar kerana menganggap Pak Din sudah buat banyak keuntungan kerana walau tak dibayar rumah masih boleh disiapkan? 

Pak Din kerapkali mengeluh... kenapa ramai dari orang kita yang berperangai demikian? Kalau dengan bukan bumiputera duit ratusan ribu sanggup dibayar untuk siapkan rumah tetapi...duit seciput yang Pak Din minta tak dapat dibayar atau masih dibayar sedikit demi sedikit...tak terfikirkah? Pak Din juga ingin menikmati keuntungan dari usaha yang dibuat?? siapakah yang membuat kerja dalan memberi service secara percuma sekarang?? orang memberi pengajaran agama di mesjid-mesjid sekarang pun mahukan imbuhan sebab itulah cara ia mencari makan..kalau tak dimana anak bini nak makan??

FIKIR-FIKIRKAN LAH BAGI YANG MASIH BERHUTANG.... WANG YANG ADA TIDAK BOLEH DIBAWA KE KUBUR... TAPI HUTANG DIBAWA KE AKHIRAT BILA TIDAK DIBAYAR.. SANGGUPKAH ANDA MEMIKUL SEBUAH RUMAH BURUNG KELAK MENCARI PAK DIN UNTUK MENJELASKANNYA DI AKHIRAT KELAK..JIKA PAK DIN TAK HALALKAN..WALLAHUALAM..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments