Waduhhh...Ini Bukan Kerja Sia-Sia..Abang Sayang OOooooooo


Minggu lepas Pak Din menghantar pekerja ke RBL ini yang terletak di Bertam Baru, Gua MUsang untuk membuat sedikit pengubah-suaian di luarnya bagi menurunkan habanya yang sedikit tinggi. Mereka menceritakan beberapa komen dari pemilik rumah (lelaki) yang diceritakan oleh si isteri yang begitu berminat dengan pembinaan RBL ini...Katanya "bini aku ni menghabiskan duit nya membina RBL ini... sehingga 2 bulan berlalu sekor burung pun tak masuk...pembinanya pula bila dipanggil tak datang dah menghilangkan diri...mendiamkan diri...."

Begitulah ceritanya si isteri yang dah tak larat mendengar leteran sang suami... cerita itu disampaikan kepada Pak Din...ermmmm Pak Din hanya dapat bersabar... tetapi hari Sabtu lepas Pak Din kesana untuk membuat pemantauan selepas 2 bulan.. melihat apa yang kurang? Pak Din memasuki rumah burung beliau bersama anak teruna mereka.. menyuluh-menyuluh di dalam rumahnya dan dilantai...ALANGKAH terkejutnya Pak Din melihat begitu banyaknya najis burung di lantar.. menunjukkan sudah banyak yang bermalam di dalamnya sejak ianya dilancarkan 2 bulan yang lalu.. Walaupun bunyinya sedikit tak keruan dan suhu yang panas sedikit...tetapi burung masih masuk dan bermalam di dalamnya...ALHAMDULLILAH..SYUKUR PAK DIN

Kegembiraan terserlah dimuka si isteri..kini beliau sudah boleh berkata pada sang suami..."tengok tak sia-sia aku menghabiskan duit membina RBL ku ini...walalu pun kecil tetapi hasilnya bakal diperolehi.. Adalah kelak pusaka yang dapat ku hadiahkan buat anak-anak ku....Insha Allah.: Si suami termanggu-manggu dan tersipu-sipu malu..dan kesal?? atas kata-kata yang dilemparkan kepada si isteri ??? tanpa usul periksa...

Orang kampung juga begitu terpegun dengan kehadiran begitu banyak burung di atas rumahnya hingga salah seorang sarjan di pejabat polisi di depan rumahnya juga meyatakan hasrat untuk turut membina sebuah rumah burung di situ... ALHAMDULLILAH..

SEGALANYA DATANG  DARI YANG MAHA KUASA.. REZEKI ADA DI MANA-MANA  CUMA KITA PERLU MENDAPATKANNYA..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments