RBL Jerantut Yang Terletak Di Tepi Sungai Pahang...

Sebuah rumah yang telah disiapkan di akhir bulan Julai lepas ini telah pun beroperasi di akhir bulan tersebut. Pak Din pergi membuat pemantuan terhadap rumah tersebut hari Ahad lepas. Alhamdullilah begitu banyak burung yang keluar masuk ke dalamnya walaupun semasa lawatan tersebut di waktu tengahari..

Mungkin ianya disebabkan terletaknya rumah ini di tepi Sungai Pahang yang amat luas sekali permukaan airnya. Burung yang telah penat mencari makan di sekitar kawasan pertanian ini akan datang ke sini untuk minum air. Juga terdapat pelbagai spesies serangga yang hidup di permukaan air yang boleh ditangkap si burung untuk makanan mereka. 

Alhamdullilah ketika memerhatikan rumah ini kelihatan beberapa ekor burung yang mencuba masuk tetapi mungkin kehadiran Pak Din serta isteri dan pemilik rumah dan anak angkatnya di situ membuatkan mereka malu dan takut untuk masuk..Hanya seekor sahaja yang masuk berehat selepas kepenatan mencari makan.. Mengikut pemiliknya di waktu petang begitu banyak sekali burung yang datang dan masuk kedalamnya.. Insha Allah pasti sudah banyak yang tidur di dalamnya..

Daripada pengamatan tersebut terbukti kehadiran kita di dekat pintu masuk rumah akan menganggu mereka, membuat mereka takut..jadi nasihat Pak Din kurangkan gangguan pada pintu masuk rumah burung kita dan kalau boleh jangan dibiarkan orang lain datang melawat-lawat rumah kita dan jika perlu nak tengok "sembunyi-sembunyilah" sikit...supaya mereka tak nampak kita... dan cemburuilah rumah kita dari lawatan orang yang tak berkaitan...insha Allah akan lebih cepatlah rumah kita di masuki burung yang kita undang...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments