RBL Baru Di Ipoh, Perak


Berukuran 40'x40'x4 tingkat, RBL ini sedang dalam pembinaan. Ia terletak disebuah kampung di luar Bandar Ipoh. Ia milik seorang kontraktor binaan di sini. RBL ini  merupakan yang kedua miliknya..yang pertama terletak di atas sebuah bukit di Pekan Bota. Dibina sudah beberapa bulan siap tetapi menghadapi masaalah kemasukkan burung. Walaupun ianya dibina dengan segala kemewahan dan sistem CCTV burung hanya masuk dalam beberapa ekor. Dibandingkan dengagan siza rumahnya ianya tak berbaloi..

Tetapi pada bulan lepas selepas bertemu Pak Din melalui seorang kawan... pemilik telah membawa Pak Din ke rumahnya itu... Melihatkan rumahnya itu Pak Din merasa terpegun kerana ia punya lokasi yang amat bagus sekali...burung juga banyak tetapi malangnya burung tak mahu masuk..Sebabnya???

Menjadi persoalan pada pemiliknya dan Pak Din tetapi semasa mahu keluar dari rumah tersebut...Pak Din merasakan sesuatu..seperti ada gangguan di dalamnya.. Meremang bulu tengkok Pak Din bila keluar dari situ..macam ad makhluk halus di situ yang menjadi penunggunya... maklulah ianya dibina berhampiran sebuah kubur lama...Nak percaya tak percaya tapi itulah hakikatnya..

Menceritakan kepada pemilik rumahnya...beliau juga "was-was" tetapi akur..mungkin juga ada penunggunya... jadi Pak Din diminta mencari seseorang yang "mahir" bagi menghalaunya... Alhamdullilah selepas segala usaha dijalankan kini rumah tersebut mula dimasuki burung..kenduri doa selamat juga telah pun dibuat.. 

Hasil daripada itu..sebelumnya sudah hampir berputus asa..kini RBL baru ini mula dibuat..mulanya beliau inginkan sebuah rumah yang simple diperbuat daripada cement-board sebagai dinding dan lantai..tetapi setelah berbincang concrete dan bata dipersetujui dibina di sini..Dan hari Sabtu lepas Pak Din diminta pula melihat tapak RBL baru di Kelantan pula (Kubang Krian)... Alhamdullilah beliau punya wawasan yang begitu tinggi ingin menjadi jutawan sarang burung layang-layang..Marilah sama-sama kita berdoa bagi kejayaan beliau.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments