Pemantauan RBL Payoh, Kemaman- Terengganu -Memberi Sinar Harapan.

Alhamdulillah Sabtu lepas Pak Din buat pemantauan rumah burung di sini.. bersama-sama beberapa orang pekerja...Sambil memantau apa yang perlu dibaiki..Pak Din jengah-jengah juga kedalam..melihat-lihat kalau-kalau ada perkembangan...SYUKUR.. TERDAPAT TAK KURANG  DARI 10 TOMPOKAN NAJIS BURUNG..DITINGKAT ATAS DAN TENGAH...sudah tidur rupanya mereka...


Semalam Pak Din dan isteri ke Payoh, Kemaman memantau RBL di sini...Jam antara 2.00-3.00 petang Pak Din sampai ke sini.. Kebetulan hari sedikit mendung. Burung banyak berlegar di kawasan RBL ini tetapi oleh kerana masih banyak aktiviti membaik pulih kawasan dan dalaman rumah, tak banyak burung yang berani keluar masuk kesini...

Pak Din mencuba mengambil video bagi kemasukkan burung kedalam rumah, walau hanya kelihatan tak banyak burung tetapi beberapa ekor burung nampak keluar masuk kesini.. Mengikut pekerja yang masih membuat kerja di sini waktu pagi dan petang begitu banyak burung yang keluar masuk ke sini.. Walaupun begitu banyak rumah burung yang dibina berhampiran (lebih dari 20 buah rumah) tak banyak juga burung yang pergi kerumah-rumah tersebut..Jadi kehadiran burung di sini memberikan sedikit harapan pada kita yang berusaha..

Insha Allah bila kita bersabar dan banyakkan berdoa kejayaan akan menjadi milik kita...

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments