Payoh, Kemaman Terengganu - Antara Berberapa Gergasi RBL .


Sebuah lagi RBL bakal beroperasi di Kemaman, Terengganu. Setelah  seminggu Pak Din dapat mengusahakan bagi 3 buah rumah bermulakan operasi.. Walaupun penat berpuasa dan terpaksa menyiapkan juga semua rumah yang telah siap dibina.. penatnya hilang apabila tuan rumahnya menalipon PakDin semula selepas beberapa hari mengucapkan terima kasih dan memberitahu  sudah banyak burung yang bertandang kerumah mereka...Syukur.. Pak Din menumpang gembira..moga-moga cepatlah kejayaan buat mereka.

Semalam Pak Din ke Kemaman pula membunyikan rumah yang etalah disiapkan di sini..selepas menunggu talian electrik dimasuki... satu masalah yang besar bagi rumah-rumah burung..kerana lambatnya.. akhirnya rumah ini dapatlah dioperasikan.. Alhamdullilah, walaupun sistem suhu dan humiditinya belum dapat disiapkan sepenuhnya bunyinya sudah dapat dimainkan dengan jayanya semalam.. dan pagi ini pekerja Pak Din yang masih membina pagar disekeliling rumah burung ini memberitahu khabar gembira..6 ekor burung sudah mula tidur di dalamnya..SYUKUR...

Insha Allah yang lain-lainnya akan disapkan secepat mungkin supaya rumah ini dapat beroperasi dengan sempurna dalam masa yang terdekat..

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments