MInggu Mengutip Hutang.....

Seminggu lagi Hari Raya bakal datang...Ramadhan bakal berakhir... sedih juga kan? apakah kita akan ada lagi bagi Ramadhan yang akan datang?  Wallahualam...

Sudah banyak RBL yang Pak Din siapkan sehingga kini tetapi banyaklah juga orang yang masih berhutang.. Minggu ini minggu mengutip hutang.. Hari Raya Bakal menjelma..semua orang mahukan duit raya..termasuk pekerja-pekerja yang membantu membina rumah burung anda.. Ada yang mahu membeli baju raya untuk anak isteri..ada  yang mahu menghantar wang ke kampung..ada yang anak isteri meminta dibelikan kueh raya.. dan perbelanjaan untuk repair kereta dan sebagainya untuk balik kampung...begitu jugalah dengan Pak Din....

Dah tenat ni...ramai yang masih tidak membayar baki pembiayaan rumah masing-masing sehingga ke tahun 2009/2008 masih ada yang berhutang... Susah nak dihalalkan semunya kerana terlalu banyak lagi yang belum dapat dikutip...hanya itulah untung Pak Din dan ada yang terhutang dengan keuntungan yang sedikit di tempat lain... bagi yang telah menjelaskan semuanya...alhamdullilah dan terima kasih Pak Din ucapkan.. Selamat Berhari Raya, Maaf zahir dan batin...dari Pak Din dan isteri.

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments