Masjid Tinggi..RBLnya Sudah Menampakkan Rupanya..


Minggu lepas RBL ini sudah 40% siap dan kini lantai bagi tingkat 2 telah disiapkan. Lokasinya yang amat strategik akan memberikansatu kelebihan pada RBL ini apabila ianya mula beroperasi. Dengan keluasan 20'x60'x3 tingkat ianya menyediakan satu rumah yang luas bagi keselesaan sang burung. Jangkaannya ia bakal siap selepas hari raya aidil fitri kelak. Pembinaannya agak lembap sedikit memandangkan iaanya dimulakan hampir bulan puasa dan pembayaran dari pihak bank masih belum diperolehi lagi. Harapan pak Din pihak bank akan mengeluarkan pembayaran pertamanya sebelum hari raya ini kerana al-maklumlah pekerja semuanya meminta upahnya untuk berhari raya dan juga menghantar wang ke kampung laman untuk menyambut hari lebaran ini.. 

Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments