Kg Alor Setar, Pauh, Perlis Bakal Mempunyai sebuah RBL

Sebagai seorang pegawai kerajaan yang masih muda kesedaran pada industri sarang burung ini amatlah kena pada waktunya. Pelaburan jangka panjang bagi meningkatkan pendapatan di kemudian hari kelak. Persediaan untuk hari tua kerana menjadi penjawat awam amat susah untuk hidup senang kerana kebiasaannya gaji yang ada cuma cukup untuk makan sahaja.

Kesedaran sebegini amat di alu-alukan. Dengan sedikit pinjaman bank atau mengeluarkan wwang simpanan yang ada.. sebuah rumah burung yang kecil molek boleh dibina sebagai permulaan.

Terletak di Kg Alor Setar, Pauh, Perlis lokasinya amat strategik sekali kerana di sini  tak banyak rumah burung yang dibina. Rata-ratanya tanah disini kepunyaan kaum bumiputera dan merupakan tanah rezab Melayu..

Mengikut cerita pemilik tanah ini terdapat sebuah rumah yang dibiarkan kosong telah dimasuki burung ini tanpa diundang..jadi pembinaan rumah burung disini amat bagus sekali.. Burungnya dari Negeri Kedah dan yang berhijrah dari selatan Thailand.



Hubungi Kami: 0134861990 Nordin atau e-mail kami nordi_jef@yahoo.com. Matlamat kami ialah membantu anda..KEJAYAAN ANDA KEJAYAAN KAMI JUA..

Comments